Isnin, 23 Februari 2009

panduan memilih SEKOLAH MEMANDU..!!

Selidik terlebih dahulu

LANGKAH PERTAMA, selidik terlebih dahulu sekolah memandu yang berdekatan dengan kamu!
Kemudian buat perbandingan harga yang ditawarkan mengikut jam latihan yang telah disyaratkan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Purata harga yang dikenakan untuk mengambil lesen kereta adalah antara RM700.00 hingga RM850.00.
Semak kemudahan yang disediakan. Sekiranya sekolah memandu kamu jauh daripada pusat latihan memandu, pastikan yang sekolah tersebut ada memberi kemudahan seperti mengambil dan menghantar kamu. Atau tanya sekolah memandu tersebut, apa kelebihan yang kamu peroleh dengan mendaftar di situ.


Institut memandu daftar dengan JPJ

Untuk mengelak timbulnya masalah ditipu, pastikan sekolah yang kamu berada di bawah pengurusan institut yang berdaftar dengan pihak JPJ.
Macam mana hendak tahu?
Tanya nama institut memandu yang sekolah itu bernaung. Kemudian, layarilah laman web JPJ dan semaklah status institut memandu sama ada berdaftar atau tidak dengan pihak pengangkutan jalan.


7 langkah mendapatkan LESEN P

  1. Hadir Kursus Pendidikan Pemandu (KPP) 5 jam di institut memandu.
  2. Lulus Ujian Bahagian 1 Berkomputer (Ujian Undang-Undang Jalan Raya) di pusat-pusat ujian terpilih.
  3. Hadir Bengkel 6 jam di institut memandu.
  4. Lesen L dikeluarkan.
  5. Menjalani latihan memandu. Minimum masa belajar ialah 8 jam. Jadual belajar diatur atas persetujuan antara pengajar dan calon.
  6. Lulus Ujian Praktikal JPJ iaitu ujian jalan raya, bukit, dan parkir di institut memandu.
  7. Lesen P dikeluarkan.


Ops... Jangan lupa 'check' bakal pengajar! Kenapa? Sebagai wanita apatah lagi anak dara, lebih elok selidik latar belakang bakal cikgu kamu agar perkara yang tidak diingini dapat dijauhi. Caranya, kamu cubalah risik2 daripada pelajar di sekolah memandu tersebut. Lebih mudah, carilah sekolah memandu yang pernah disertai kenalan rapat kamu. Lagi satu, 'check' sama ada pengajar di situ memiliki 'Sijil Pengajar Institusi Memandu' yang dikeluarkan JPJ.


[ Rujukan : dara.c0m,edisi 81,mac 09 ]



ngahaha~
aku p0st bende ni mcm aku ikut je..
aku p0n tengah merangkak2 lagi kat lesen L m0to kete sekarang ni..
ngee~

0 ulasan: