Jumaat, 27 Mac 2009

cara terbaik atasi KEGAGALAN mengikut acuanku..

Apabila kamu berhadapan dengan kegagalan, jangan sesekali terus murung dan memencilkan diri. Ini akan membuatkan kamu berfikir yang negatif dan tidak ada semangat untuk bangkit. Akhirnya, kamu akan sentiasa berada dalam keadaan resah dan gelisah. Jadi, bagi kamu yang berhadapan dengan kegagalan dan mahukan hidup yang ceria, ini adalah beberapa panduan mengikut acuanku..ngee~

rasa diri keseorangan


murung dan memencilkan diri



CARI HIKMAHNYA
Jangan terus memandang rendah pada sesuatu yang berlaku ke atas diri kamu. Harus diingat! Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Fikir positif dapat selamatkan kamu dari terus dibelenggu penyesalan. Mungkin tidak dapat kita sangkal kegagalan ini memungkinkan timbulnya fitnah buat agama tercinta tetapi terus mundur dalam kegagalan dan putus asa kepada rahmat-Nya juga akan menerbitkan fitnah yang lebih besar buat agama kita di kemudian hari. Bukan begitu..?

"...be happy for your life..insyaallah, all will be fine..ada hikmah semua yang berlaku..SPM bukan pengakhir tapi bermulanya segalanya.." - AH



PANDUAN

Seterusnya cubalah minta petunjuk atau panduan daripada orang lain untuk membantu kamu merubah dirimu. Kamu boleh dapatkan khidmat kaunselor ataupun khidmat nasihat daripada orang terdekat dengan kamu seperti ibu bapa, sahabat, mahupun senior2. Misalnya sekiranya selama ini kamu terasa seperti hidupmu sentiasa murung dan tidak pernah indah setelah kamu gagal mencapai apa yang diimpikan, minta pandangan orang2 yang dipercayai itu untuk bantu kamu bangkit dari kegagalan tersebut. Namun jangan mendengar nasihat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kuatkanlah semangat kamu untuk melakukan apa yang sepatutnya.




PERBAIKI DIRI

"..asy, semua yang berjaya...mereka mulanya gagal..hanya orang yang gagal je merasai kemanisan kejayaan.." - AH

Ini juga antara perkara yang paling penting iaitu perbaiki diri. Cuba renungkan sejenak tentang hubungan kita dengan sesama manusia mahupun Allah S.W.T. Adakah kita menjaga hubungan ini dengan baik..?

"..Ditimpa kehinaan mereka walau di mana mereka berada melainkan berjaya berpegang dengan agama Allah S.W.T dengan menghubungkan diri dengan Allah S.W.T dan juga berbuat baik sesama manusia..." - (surah Ali-Imran : 112)

"..Sesungguhnya orang yang mukmin itu bersaudara antara satu dengan yang lain.." - (surah al-Hujurat : 10)

Oleh itu, jangan takut atau malu untuk mengungkap kata maaf. Tidak kiralah pada orang lain ataupun pada diri sendiri. Berjanjilah pada diri, kamu benar2 menyesal dan tidak akan ulangi lagi kesilapan tersebut. Cara terbaik untuk kamu tebus kesilapan pada diri sendiri adalah berbuat baik dan lakukan sesuatu yang berfaedah. Mungkin dengan kegagalan tersebut membuatkan kamu insaf disamping menyedari kekurangan diri kita sebagai hamba kepada Allah S.W.T sekaligus berusaha menjalinkan hubungan yang lebih intim kepada-Nya. Tetapi sekiranya dahulu kamu taat beribadat kepada-Nya; melakukan solat2 fardhu disamping solat2 sunat seperti solat rawatib, solat hajat, solat tahajjud, solat tasbih, solat dhuha dan sebagainya, janganlah kamu menganggap bahawa Dia tidak prihatin pada usahamu. Jangan kamu pertikaikannya dek kerana kegagalan yang kamu hadapi kerna mungkin ada yang Dia sediakan di hari muka kelak lebih baik dan indah daripada yang kamu inginkan sekarang.

"...Usah memperdagangkan ayat-ayat Tuhan itu dengan begitu murah harganya..." - (surah al-Baqarah : 41)

Sehubungan dengan itu, teruskanlah amalan2 tersebut dan yakinlah sepenuh hati bahawa Dia adalah Yang Maha Mengetahui akan sesuatu.

"..all is about minded psychology asy.." - AH



TERUSKAN BERUSAHA

Sentiasalah percaya setiap kegagalan itu adalah jalan untuk kamu menuju kejayaan. Jangan fikir apabila kamu gagal, segala2nya sudah musnah dan tamat. Kamu seharusnya berfikir kehidupan kamu baru bermula dan harus melipat gandakan lagi usaha kamu untuk menggapai impian yang sama. Tidak kiralah sebanyak mana pun kamu gagal, namun percayalah Tuhan tidak akan mengecewakan hambanya yang sentiasa berusaha dan bersabar dengan dugaan yang diberikan. Suatu hari nanti pasti apa yang kamu impikan akan terlaksana dan pada masa itulah kamu akan merasai nikmat kemanisan kejayaan, insyaallah.
"..so, mengapa kita pilih untuk tidak berjaya jika kita boleh berjaya..??!" - AH

ketahuilah...


oleh itu..



kerna...



hahaha...mungkin ramai akan tertanya2 kenapa blog "asyi dotdot" asyik cerita pasal kegagalan..sesungguhnya, aku merupakan salah seorang hamba yang sedang menerima dugaan daripada-Nya..dan sudah semestinya, entry terbaru ni khas kepada mereka yang senasib dan akan senasib denganku...

"..nape sume tak adil..?" - status ym ; Fri. 27/3

guess what..? semalam ramai yang 'buzz' aku tanya pasal status mesej aku yang agak tiba2 ni.. Sememangnya aku sengaja untuk mendapatkan perhatian..resam hidup, mereka yang berjaya akan mendapat penghargaan, diberi perhatian, diakui sebagai saudara bahkan mungkin tidak putus2 menerima ucapan tahniah daripada umum. Sedangkan mereka yang diuji dengan keperitan ketidakcemerlangan akan ditindas jauh daripada umum, dibiarkan mereka ini mengharungi keperitan seorang diri bahkan mungkin tidak lagi diingati mahupun diberikan ucapan tahniah atas keberanian mereka menempuhi cabaran hidup @ kegagalan lalu ditinggalkan oleh teman rapat yang paling diharapkan untuk bersandar. Oleh kerana aku pun merasa disisihkan, aku pun mendapat ilham untuk menyediakan entry sebegini. Hopefully memberi manfaat khususnya kepada mereka yang berada dalam situasi yang sama dengan perjalanan hidupku serta para pembaca yang aku kasihi.

Dapat aku simpulkan di sini bahawa tidak ramai yang sudi mengambil pusing kepada mereka yang berada di bawah bahkan berasa selesa untuk memandang mereka yang berada di puncak. Tidak mampu aku sangkal lumrah tersebut tetapi sebagai seorang manusia, kita dikurniakan akal fikiran hati dan perasaan untuk kita manfaatkan kepada diri dan insan2 yang berhak menerima ihsan. Apakah akan jatuh maruah kita sekiranya kita mendampingi mereka yang berada dalam kesusahan..? Sekiranya anda mengatakan TIDAK, maka berusahalah dari selesai kalian tamat membaca entry ini untuk bersama2 memberi semangat kepada mereka yang kurang bernasib baik. Bantulah mereka selagi terdaya kerna perkara yang baik akan mendapat ganjaran yang baik dan sebaliknya.

"..Wahai orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum itu mengeji atau memperolok-olokkan kaum yang lain kerana boleh jadi orang yang mereka perolok-olokkan itu lebih baik daripada mereka dan jangan pula wanita-wanita memperolok-olokkan wanita yang lain kerana boleh jadi mereka lebih baik daripada wanita-wanita itu..." - (surah al-Hujurat : 11)

Wallahu a'lam..

* sebarang ketidakpuasan hati @ komen amat dialu2kan..just klik pd 'ulasan' kat bwh ni..tq.

Rabu, 18 Mac 2009

KECEWAkah mereka..???!!

mama dan abah


nuradilla = along
fakulti perubatan UNIVERSITI OF ALEXANDRIA, MESIR
peperiksaan UPSR = 5A
peperiksaan SSRA = 4A
peperiksaan PMR = 9A
peperiksaan SPM = 8 1A 2 2A


arif = adik (L)
SMK (A) SULTAN MUHAMMAD, MELAKA
SBP INTEGRASI SELANDAR, MELAKA
peperiksaan UPSR = 4A 1B
peperiksaan SSRA = 4A 1B
peperiksaan PMR = 8A 1B


nuradibah = adik (P)
SMK (A) SHARIFAH RODZIAH, MELAKA
peperiksaan UPSR = 5A
peperiksaan AMALI = 3A 1B


.................................................................................


Sedangkan aku kini.......



aku sekarang sedang berusaha apply sana sini mengikut kelayakan keputusan SPM aku yang 'terlalu cemerlang' daripada along...
aku tahu..aku tak dapat banggakan abah dan mama macam apa yang along lakukan..walaup0n abah dan mama k0nonnya bertindak memahami dan tidak memarahi aku, aku lebih rasa tertekan dengan sikap menerima mereka..aku tahu..mesti along, arif dan adik MALU punya adik @ kakak seperti aku..aku tahu..mentor2ku pasti kecewa dengan kegagalanku..

I'm really s0rry... HAMIZAN..DANIAL..NAJIB..FAIZ..ZIMA..ZANA..HANIS..JANNAH..NANA..PQA..DYAN..AHMAD EZZAMMUDIN n KWN2 len yang banyak luangkan waktu tuk ajari aku..

pada CIKGU AM..terima kasih atas kata2 semangat yang diberikan sebagai bekalan saya di hari muka..jasa cikgu akan saya kenang..dan terima kasih sangat3 kerna tidak jemu menatap muka saya s pelajar bermasalah dalam +M3..terima kasih juga pada tenaga pendidik di SBPIS..

tidak lupa juga buat USTAZ HAFIZ HAMIDUN yang sedia mendoakan saya walaup0n saya hanya sebagai peminat beliau..teruskan usaha ustaz dengan menempah kejayaan dalam industri muzik tanah air dan sebagai seorang pendakwah dan pakar m0tivasi bebas..alhamdulillah, ilham motivasi ustaz membuatkan saya lebih bersemangat meniti hari muka..insyaallah.

pengakhiran simfoni duka ini, aku harap tawaran kemasukan F4 kepada adikku arif ke SBPIS mampu merealisasikan harapanku yang tidak kesampaian dan harapan abah n mama...dan aku sekarang hanya mampu berpegang pada kata2 yang kawan2 n senior2 berikan ni..

kerana...


kerana...


ngahaha~~~~~~

teruk sangat ke keputusan SPM aku..??

nak tau aku dapat bape..??

j0m calling2..!!! tau mesej2..!!! tau 0n9 je..!!

Selasa, 10 Mac 2009

Surat Untuk Awek...



Saya suka tengok jari awek saya...cantik
Betul ni sungguh
Sampai takut nak pegang...bukan takut patah
Takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other
Di satu hari yang giler forever
Depan yang Maha Esa

Saya suka tengok rambut awek saya...cantik
Betul ni sungguh
Sebab tu saya belikan tudung...bukan sebab
jeles orang tengok jugak
Tapi sebab saya nak tengok rambut iklan pantene dia
sampai bila2..
Bukan yang terbakar dek api neraka di suatu hari
yang giler forever

Saya suka tengok body awek saya...cantik
Betul ni sungguh
Sebab tu saya belikan dia telekung
Supaya masa dating dengan kekasih dia yang utama
dia lagi cantik dan berseri menghadapNya
Saya pun tumpang dapat pahala
pheh...syoknya

Saya sedih tengok awek saya
tak tido, tak makan, rindu kat saya..
Saya pun macam tu juga
ada prob yang sama
Dia tanya apa ubatnya..?
Saya pun bagi dia al-Quran untuk penenang jiwa
Semoga lebih cintakanNya daripada saya

Saya sedih tengok awek saya
Selalu pesan macam2 kat saya
Makan, minum, drive elok2
Tapi bila tengok movie sama2
Burn asar maghrib gitu aje..
Dia tak kata apa2
Berdosanya saya..

Kesimpulannya saya memang sayang dia..
Nak jumpa dia giler forever
Yang forever punya forever
Di dunia dan akhirat terutamanya
Janji nak share heaven sama...

Semoga kami saling mengingati
Dosa sendiri pun infiniti
Nak tanggung dosa dia pulak lepas ni..
Semoga kami menginsafi diri
Ya Allah...ampunilah kami..





Isnin, 9 Mac 2009

Selamat Menyambut Maulidurrasul..