Sabtu, 28 Februari 2009

dendam DIA masih membara...


salahkah aku..?
nasib malang dan kisah duka belum bisa meninggalkan aku...

tidak cukup dengan 'kejutan2' kelmarin, aku kini 'dihentam' lagi semalam..
dalam pukul 1.31 ptg, bertandang 1 mesej dalam 'inb0x' handph0neku..
len yang ditunggu...len pulak yang mengganggu..
musykil juga aku bila tertera message fr0m : " DIA "
waa~
s0lan n salah apa pulak kali ni..??!

DIA : Ada hati nk mgadu2 kt R..bla bla bla...bla bla bla..bla bla bla..jgn ggu R lg!
[ tak sampai hati aku nak mengaibkan penghantar mesej ni..ujung dan pangkal mesej je aku sertakan..]

sebijat2 aku c0py mesej teks ni kecuali 'R' aku letak sebagai ganti nama sebenar abg..
geram..kecewa..sedih..marah..hairan..pelik..bla bla bla...terus bertandang dalam hati aku..
tidak semena2 satu persatu air mataku gugur membasahi screen handph0neku...
aku sedari...kesedihan sedang merajai hatiku..pasti..!!
aku akui..perasaanku bercampur gaul dek kandungan mesej yang aku terima tadi..

sejak kelmarin, aku cuba berlagak baik dengan mempamerkan akhlak yang baik semasa membalas mesej yang kandungannya menyebelahi mereka berdua..
aku k0rbankan segala kekecewaan diri dengan membalas baik2 kepada yang bertanya..
tapi semalam..DIA sudah melampaui batas..!!
tanpa usul periksa...
tanpa budi bahasa...
tanpa memikirkan maruah diri...
tanpa menghormati hak peribadi aku...
DIA tanpa segan silu memberi AMARAN kepada aku..!!
[ mungkin DIA sudah tak ambil pusing sekiranya aku adukan perkara ini kepada abg R..dan surely aku tak kan adukan sebab aku tau abg R pasti membela DIA..]

ku fikir...
mesti abg R beritahu DIA aku yang ngadu pasal DIA...[ tak kesah p0n..!]
tapi aku musykil sangat2..apa yang abg R katakan sampai DIA berani2 bertindak drastik kepada aku semalam..??
seingatku..aku hanya mengadu kat abg R pasal seseorang ngaku jadi tunang abg R..
pas2 aku jadi em0 chatting dengan abg R sebab tak beritahu kelmarin waktu aku tanya pasal 'in relati0nship'...
aku banyak luahkan rasa ketidakpuasan hati sebab abg R tak cerita pasal 'relati0nship' mereka..malah...[ tak baik aku buka cerita lepas..]

tidak cukup aku dihentam kelmarin oleh 2 orang p0mpuan...semalam aku terima lagi AMARAN + 'PENGHINAAN'....mungkin..!

aku tidak terus membalas mesej DIA...
aku sedari kami sama2 berEMOsi..
salah seorang mesti mengalah...
lagip0n aku tengah busy balas mesej2 rakan2ku yang ingin meninggalkan negara tempat tumpah darah mereka..ada pula yang ingin bertunang dan lebih maju..ada yang nak cari + beli uma sebagai kediaman lepas nikah t...
tak dinafikan..aku punyai ramai kenalan yang lebih 'tua' dari um0ku..
[bukan usia menghalang jalinan persahabatan..]


dalam pukul 4.52 ptg...

aku balas : s0e jk sy ket'laluan.sy cm tny jk bnr dy de tng.jgn rsau.sy bru abis spm.x lyk ag b'tndk
mlebhi se0rg pljr n ank.dy dlu fasilitat0r wkt kem mtvsi kat sk ren (a) kmi.kt0rg bru cntct
sml 2 hr lps sjk sthn sep.bukn sbb dy laki2 sy nk gdik2 kat dy.sy jgk cntct fc len cam
k.has.sy x m'brukkn awk ttg pape pd dy.jz nk tau bt0l ke dy de tung.

dlm pukul 5.09 ptg...[ sambungan mesej atas..]

aku balas : klo sy pggl dy abg 4 sure sy kne pggl awk kakk @ sis.klo dy bruk2kn sy, sy x bleh wt
pape.jz sy mnt awk dgr dr 2 phk.sy x prnh diiktiraf s adk agkt dy.tap sy ttp pgg glrn
adk ikut usia kmi.klo awk kte sy 'sakit' sbb dy btau, awk ptut kte dy 'sakit' jgk.
nwy,x yah gad02.myb awk slh phm.sy tgh tggu rslt.sy x nk pkr ni wt hat sy x tng.
hrpn sy pd abg R agr doakn sy.sy hrp awk p0n sdia doakn sy.awk bleh pggl sy asy
klo msg ngn sy.assalamualaikum.


ni lah mesej2 yang aku balas..sebijat2 aku c0py dari 'outb0x' handph0neku sebelum aku delete sumenya..
bila baca balik, rasa cam aku tengah tulis surat nak hantar kat s0me0ne je..
aku p0n tak sangka aku balas mesej DIA yang satu 2 panjang menjela2..
tapi aku puas...asalkan mesej aku ni dapat redakan perg0lakan hubungan mereka...

walaup0n aku masih terkejut dan marah atas 'AMARAN' yang DIA lemparkan...
aku paham..DIA emosi..
DIA cuba pertahankan haknya..
aku h0rmati hubungan mereka...
aku tau kesakitan yang DIA rasai...
mungkin kerna aku pernah alami pengalaman yang lagi buruk dan teruk dalam perk0ngsian hidup rumah tangga 'abah dan mama'...
sebagai anak, aku rasai tempias perg0lakan tersebut malah lebih menyedihkan bila aku juga di'blame' sebagai pencetus pertelingkahan tersebut..

tapi...aku bersyukur..
dengan pengalaman pahit itu...
aku belajar menghargai setiap hubungan...
aku belajar untuk lebih rasi0nal dalam meleraikan perg0lakan abg R dan DIA...
walaup0n kelihatan sedikit beda situasinya...
dan walaup0n aku sedar aku sedang menghadapi krisis yang sama untuk kedua kalinya...

***balik pada cerita asal...***

mungkin..lepas aku katakan aku baru sahaja menghadapi SPM..DIA dapat relevankan hubungan aku dan abg R adalah kenalan lama...
hubungan antara pelajar dan ustaz...
hubungan antara adik dan abang...
hubungan antara sesama s0dara Islam...


NAUNGAN KASIH..
Jika sepasang kekasih
sering memadu rindu
atas ransangan nafsu
Kita pula berkasih atas
landasan ukhuwwahfillah
Bebas dari dorongan nafsu semata
Dinaungi kasih Pencipta...


" Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, mereka berhimpun atau bertemu kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah."
[ Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, Malik, al-Tarmizi dan al-Nasa'i ]


kesedihan yang sedang menghimpit mengingatkan aku pada nasihat sahabatku :
" jangan terlalu gembira sangat ngan 'resp0nd' baik abg R kau tu...kang tak pasal2...hampehh!! kang abih banjir uma sewa aku..!! "


waa~
cam tau2 je si minah ni...
tapi ni lah hakikat hari2 yang aku sedang jalani...
rasi0nal jugak kata orang2 tua : " jangan suka2 sangat..kang ada yang berduka t.."
sejak akhir2 ni..sejak tarikh keputusan SPM dah nak dekat...
banyak peristiwa yang 'menyakitkan' daripada yang 'menyenangkan'...

cuak juga kalau amarah DIA membawa alamat buruk untuk....
waa~
takutnya....menggeletar pulak lutut aku bila pikir2 semula...

" Ya Allah....! Aku berlindung daripada kemurkaanMu..ampuni d0saku...berikanlah daku kekuatan untuk menghadapi sebarang kesulitan..permudahkanlah urusan kehidupanku...berikanlah daku kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan SPM ku kelak... Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..! "
Amiiiinnn....



Persoalan..
  • apa yang dikatakan abg R tentang diriku pada DIA..?
  • apa yang DIA nak marah sangat..??
  • apa yang nak dikaitkan hubungan aku dan abg R dalam hubungan tunang mereka..??
  • adakah perhubungan yang baru terjalin selama 3 hari mampu mengganggu gugat hubungan DIA dan abg R..??
  • adakah DIA sedar bahawa DIA dan abg R sudah mengikat janji sehidup semati dalam hubungan pertunangan mereka seterusnya ke alam perkahwinan t..??!!
  • adakah aku layak diberi AMARAN KERAS sebegitu..?
  • atau adakah mereka berdua masih 'keliru' ketika sedang menyelami hati budi masing2..?
  • peliknya kalau aku dipersalahkan sedangkan aku baru muncul semula dalam hidup abg R 3 hari lepas tanpa sempat bercerita panjang..??

peristiwa yang pelikkkkk...........................


tapi..untuk pengakhiran simf0ni duka ini....ak harap kami bertiga mampu berbaik2...
dan yang paling penting aku dan DIA mampu...



mudah2an...









Jumaat, 27 Februari 2009

suka duka 1 hari...

KISAH 1

Usai solat subuh dalam pukul 6.45 pg, aku amik keputusan nak sambung tid0 ag sampai dalam pukul 8.00 pg g2..
malangnya, aku tersedar lewat dalam pukul 8.30 pg...
kelam-kabut aku dibuatnya dek terlajak tid0..

keje yang wajib aku langsaikan :

  1. basuh pakaian longgokkan harian
  2. kemas + sapu rumah
  3. masak [ simple2 jerk..!! ]
  4. angkat + lipat + susun pakaian

kalau senaraikan camni mesti korang rasa simple2 je kn tugas2 yang mama kasi kat ak..??
tapi, aku cabar korang buat sume ni hari2 s rutin harian..??!!
mesti muak punya kalau kena wat hari2....
wee~

sambil pakaian dicuci dalam washing machine mama..aku take time tuk nikmati sarapan + baca al-mathurat..
sarapan hari ni agak x sedap :

  • d0nat
  • karipap
  • kuih ketayap
aku just 'telan' karipap n kuih ketayap 2 je...d0nat???
aku dah muak makan d0nat...kuih-muih p0n 2x5 je..
tak suke 3x

dalam pukul 10.00 pg..[ agak lewat dari biasa ] aku dah bereskan keje harianku sampai kemas n sapu uma...
then, cam biasa...aku akan mandi dulu sebelum memasak..!!
tap.., ntah nape aku rasa tergerak pulak hatiku ni nak cas n id0pkan handph0neku..
sedang tengah handph0neku diid0pkan, aku terima panggilan daripada n0mb0r yang tidak aku kenali...016-4xxxxxx..yang memang tak dak dalam list..
pas2, masuk pulak 2 mesej secara serentak...
1 n0mb0r yang memang aku kenal...
1 n0mb0r yang tadi..yang memang x dak dalam list..

**sh0rtcut..**

dikenali : eh, asy! asl k0 kcwkn abg F aku..??
aku bls : jgn tduh smbrgn...
dikenali : k0 len kli klo xsuke kt dy,jgn r bg hrpn! dsr playgirl..!!
aku bls : n0 c0mmnt..

......

x dikenali : slm..ni nurasyikin idris ke?
aku bls : s0e.spe ni?
x dikenali : apa hbgn awk dgn R?
aku bls : s0e.sy x knl awk.npe tny s0ln cm2.sy rs sy b'hak x jwb..
x dikenali : sy tung R.sy dh bc mel awk utk R.awk ni adk angkt die ke? trs trg je..sy xmrh..
aku bls : nwy, kn elok klo awk trs trg.awk p0n tau tung awk 2 'fam0us'.x yah rsau r.ktorg jz knln lme.
x bek awk bruk sgke kt dy.agp0n mel dy p0n dy kac awk bc.s0,dy jjr r ngn awk n slmt
b'knln ngn sy.u've know my full name!

wlup0n aku 'diserang' bertubi2 oleh 2 orang yang bergelar wanita @ perempuan dengan cara yang berbeda...tapi hati ni agak terguris...aku juga seorg manusia..punya hati dan perasaan..aku baru hendak melangkah ke dunia baru..apakah ujian seberat ini perlu ku hadapi utk melayakkan diri menembusi langkah yang seterusnya..??

persoalan :
  • apa benar sume ni berpunca dariku?
  • apa benar 'x dikenali' 2 tunang R..?
  • relevankah alsn n blsn mesej aku pada mrk..?
  • ya Allah....mampukah aku mengharungi sume dugaan yang Kau berikan..??!!

malaikat baik : betul ke aku ni playgirl..?? adkh lynn aku m'beri hrpn pd dia..?? ya, Allah..

nafsu : tu la asy...jgn t'lalu bek pd org..kan dah mkn diri..padan muka!!




KISAH 2

chatting...

smlm, aku tanpa sengaja aku p 'usha' abg R..
alhamdulillah..abg R menyambut baik kehadiran aku..
wlup0n janji dimungkiri, aku maafkan...

hari ni..ptg tadi..waktu aku 0n9, ramai jugak yang 'buzz'...
tapi mataku tertangkap pada abg R..
hoho...abg R p0n tgh 0n9...ngee~
waktu yang baik nak ngadu....
lalalalalalalala~~~

wlup0n ketegangan berchatting dirasai...abg R still bersabar menghadapi n mententeramkan aku..
waa~ tabik h0rmat la kat abg R...
cuma aku agak em0 sbb terkilan sgt2 bila 'x dikenali' 2 ngaku s tunang abg R..
sdgkn smlm bila aku tny abg R...abg R x ckp pape pulak..
nape lah abg R nak rahsia2 kat aku...kan pg 2 aku dah terkejut tahap gaban..!!
tap.., ia bertukar pada ' h0t n spicy ' bila kwn2 aku yang plan nak tinggal kat uma aku p sambung perbualan kami tanpa pengetahuan aku waktu aku sibuk sediakan makan petang ktorang!

pandainya di0rang jadi 'asy palsu' sebagai watak dalam chat box kami...
lepas dah sakitkan hati abg R...diorang dengan slumbernya p tutup chat box kami..
dengan x bagi tau aku...diorang wat cam biasa je...
s0.., aku p0n tak syak la pape sebab dah sibuk ngan makan petang kami..!!

agak lame b0rak..teringat pulak aku belum tutup pc...
diam2 aku p msuk bilik teng0k chat b0x aku yang tergendala...
tapi.., chat box 2 dah tutup..aku p0n klik la kat nama abg R kat my ym list..
pas2..aku p0n tekan F3 tuk baca mesej yang tertangguh tadi...
terkejut gilerrrr aku bila baca sambungan mesej2 yang di0rang reka...
cam nak nangis p0n ada bila baca ayat balasan abg R ni :
....jgn kuang ajaq..!!

aku cuba membela diri dengan menerangkan statusku tadi..
tap..hampa..abg R seakan mendiamkan diri skali lagi..
ak buzz....tap still sepi..
n akhirnya aku ngalah n undur diri..
aku tau bukan senang abg R nak percaya...
salahku juga..x beritahu awal2 ada keje..
mungkin aku terlalu xcited nak buat minum petang kami..
s0e abg R...
menyesal pulak aku bagi tahu pasal tunang abg R kat diorang...! huh~

waktu jemaah asar...usai solat..
aku hanya mendiamkan diri...m0od aku kurang baik..
mereka bertanya..aku sepi..

nafsu : aku cerita pasal tunang R bukan suruh diorang 'hentam' R...x boleh dimaafkan..!!!!!!

jemaah maghrib...usai solat..[ baru jap tadi..]

fiq s bilal..kne baca doa..
ntah nape..aku sebak sampai meleleh air mataku...
aku try c0ver...tap aku mengalah jua...
aku tak mampu nak tanggung ag....
bila doa diaminkan.....aku nangis kuat2...
tanpa sengaja, aku memarahi mereka..

nafsu : perbuatan mereka petang tadi amat keterlaluan...tak boleh dimaafkan! [mogok nafsu]

tanpa kawalan emosi..aku biarkan gunung berapi ni meletus sehingga aku puas melimpahkan laharnya...


peranan :

  • yna : peluk aku + tenteramkan aku
  • mar : tanggalkan telekung aku..[ sampai terbuka aurat aku pada yang len..]
  • abg : sibuk berusaha nak bagi aku minum air suam yang dibacakan ayat2 tertentu..
**pqa, ain, echa, azan, fiq, kemal, eman - hanya m'benarkan kemarahanku..**

lepas 15 min minum air suam 2...
aku jadi sejuk... tak jad nak sambung marah ag..
aku ketawa...tapi yang lain masih menangis....
mereka akui kekhilafan mereka...
kami berpelukan....

fiq : qin, cuak aku tgk 1st time k0 bleh mrh..! aku ingt org lmh lembut cam k0 x bleh nk mrh2!! ngee~

yang lain juga angguk stuju...

last ktorg ktw same2...
memandai je budak fiq ni kata aku 'lemah lembut'..!! sekarang baru dia tau..

diorang sume tak jad nak nginap kat uma aku sebab malu ngan mama n abah...
diorang naik kete kemal nak cari tempat sewa lps solat jemaah maghrib tad....
aku dah maafkan korang sume...abg R??
t mst abg R faham...jgn risau...insyaAllah..

fren 4 eva yup???!!
sayang korang slaluuu.....................
miss ya..




KONKLUSI
dari kisah 1 : asy minta maaf pada tunang abg R krn khdrn asy m'gngu hbgn kalian..
dari kisah 2 : *asy minta maaf pada abg R atas keterlanjuran kata, bahasa dan kelakuan asy..
*asy dah maafkan kalian [10 org] atas ketelanjuran kalian..[bukan stakat ganggu abg R tap seni0r aku jgk, abg A]....jgn risau!

Isnin, 23 Februari 2009

panduan memilih SEKOLAH MEMANDU..!!

Selidik terlebih dahulu

LANGKAH PERTAMA, selidik terlebih dahulu sekolah memandu yang berdekatan dengan kamu!
Kemudian buat perbandingan harga yang ditawarkan mengikut jam latihan yang telah disyaratkan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Purata harga yang dikenakan untuk mengambil lesen kereta adalah antara RM700.00 hingga RM850.00.
Semak kemudahan yang disediakan. Sekiranya sekolah memandu kamu jauh daripada pusat latihan memandu, pastikan yang sekolah tersebut ada memberi kemudahan seperti mengambil dan menghantar kamu. Atau tanya sekolah memandu tersebut, apa kelebihan yang kamu peroleh dengan mendaftar di situ.


Institut memandu daftar dengan JPJ

Untuk mengelak timbulnya masalah ditipu, pastikan sekolah yang kamu berada di bawah pengurusan institut yang berdaftar dengan pihak JPJ.
Macam mana hendak tahu?
Tanya nama institut memandu yang sekolah itu bernaung. Kemudian, layarilah laman web JPJ dan semaklah status institut memandu sama ada berdaftar atau tidak dengan pihak pengangkutan jalan.


7 langkah mendapatkan LESEN P

  1. Hadir Kursus Pendidikan Pemandu (KPP) 5 jam di institut memandu.
  2. Lulus Ujian Bahagian 1 Berkomputer (Ujian Undang-Undang Jalan Raya) di pusat-pusat ujian terpilih.
  3. Hadir Bengkel 6 jam di institut memandu.
  4. Lesen L dikeluarkan.
  5. Menjalani latihan memandu. Minimum masa belajar ialah 8 jam. Jadual belajar diatur atas persetujuan antara pengajar dan calon.
  6. Lulus Ujian Praktikal JPJ iaitu ujian jalan raya, bukit, dan parkir di institut memandu.
  7. Lesen P dikeluarkan.


Ops... Jangan lupa 'check' bakal pengajar! Kenapa? Sebagai wanita apatah lagi anak dara, lebih elok selidik latar belakang bakal cikgu kamu agar perkara yang tidak diingini dapat dijauhi. Caranya, kamu cubalah risik2 daripada pelajar di sekolah memandu tersebut. Lebih mudah, carilah sekolah memandu yang pernah disertai kenalan rapat kamu. Lagi satu, 'check' sama ada pengajar di situ memiliki 'Sijil Pengajar Institusi Memandu' yang dikeluarkan JPJ.


[ Rujukan : dara.c0m,edisi 81,mac 09 ]



ngahaha~
aku p0st bende ni mcm aku ikut je..
aku p0n tengah merangkak2 lagi kat lesen L m0to kete sekarang ni..
ngee~

Sabtu, 21 Februari 2009

apa salahku...??!


...tiada daya lagi untuk aku mencari jawapan sendirian..
katakanlah dan khabarkanlah kepadaku akan kekhilafan diriku..
agar aku bisa mengubahnya menjadi lebih baik walaupun tidak sempurna..

...tiada daya lagi untuk aku mencari jawapan sendirian..
andaiku tahu...
akanku bertindak lebih matang terdahulu..
akanku hindar daripada mengguris kalbumu..
akanku elak daripada kehilangan dirimu..
...tiada daya lagi untuk aku mencari jawapan sendirian..
kerna aku kini putus asa dalam kesepian..
aku sepi tanpa mesej2 yang dulu sering bertandang dalam 'inbox' handphoneku..
yg setiap kali memberikanku semangat agar terus bangkit menjadi seorang yang berguna..

...tiada daya lagi untuk aku mencari jawapan sendirian..
tanpa pemberitahuan, kau mula menyepi dan meninggalkanku tanpa kesan dan belas kasihan..
mesej2 yang ku hantar kau biarkan sepi tanpa balasan..
mungkin kau bosan..
kerna aku sedar aku hanya seorang budak yang baharu bertitle 'remaja'..
tidak matured dan tidak setaraf dengan tahap pemikiran beliamu..

...tiada daya lagi untuk aku mencari jawapan sendirian..
kerna aku mula muak dan bosan menjadi penunggu yang kononnya setia sedangkan tanpa arah tujuan..
bahkan harapan..

...tiada daya lagi untuk aku mencari jawapan sendirian..
kerna aku juga insan lemah..
pintu hatiku tidak lagi utuh dan tidak tegar dek kerap diuji dan diketuk oleh insan2 yang mempunyai pelbagai harapan..
aku kini merasakan tembok kesetiaanku ini mula punah walaupun telah ku bina kebal dahulunya..

...tiada daya lagi untuk aku mencari jawapan sendirian..
kerna aku tidak akan terus bertahan andai hati yang gersang ini terus diberi cubaan tanpa dibajai dengan..dengan..dengan..
aku kini tiada daya..
aku mungkin kecundang..
bahkan merelakan agar segumpal darah merah ini dapat merasai nikmat kewujudan ia sebenarnya..

...tiada daya lagi untuk aku mencari jawapan sendirian..
kerna aku sedar hakikat insan..
berubah mengikut peredaran zaman..
aku bukan sang setia kini..
bahkan tidak pula aku mengakui sebagai pengkhianat..
kerna kau yang buat aku terpaksa..

...tiada daya lagi untuk aku mencari jawapan sendirian..
andai sudah terang2an kau mengajakku menghampiri lembah kehinaan..
aku menolakmu jelas dan tegas dek nasihat yang dulu kau amanahkan padaku..
"ikut cakap ibu, ayah, ustazah..!"
aku akui.....aku cintai duniawi..
tapi aku sedar.....hati ini kuat mengatakan bahwa cintaku ini lebih besar buat nikmat ukhrawi..

kini...
aku insafi diri..
betapa yang buruk usah dikenang lagi..
biar diriku ini terus mengorak langkah..
agar kelak aku tidak kecewa kerna lalai dengan perkara yang sia2 dan nikmat sementara..

Selasa, 10 Februari 2009

VALENTINE'S DAY..??



HUKUM ORANG ISLAM MENYAMBUT PERAYAAN VALENTINE'S DAY

...budaya dan amalan meraikan Valentine's Day adalah dilarang sama sekali oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat...


Pendahuluan

Perayaan Hari Kekasih atau Valentine's Day mula membudayai dalam kalangan masyarakat kita khususnya generasi muda, sekitar akhir tahun 1980-an kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada media cetak mahupun media elektronik. Perayan ini dikenali sebagai perayaan hari kasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkap perasaan cinta dan kasih sayang kepada orang yang dicintai atau dikasihi.

Antara contoh sambutan yang diadakan adalah melalui program tv yang ditayangkan atas nama "Valentine's Special". Disamping itu, jika kita tinjau persiapan yang dilakukan oleh golongan yang meraikannya, didapati mereka sibuk memilih kad2 ucapan Hari Kekasih, menempah cenderahati, jambangan bunga dan tempahan untuk makan malam bagi merayakan hari tersebut bersama pasangan masing2. Pihakhotel pula menawarkan pakej2 istimewa seumpama 'Makan Malam Hari Kekasih atau Hidangan Makan Malam Romantik' dan sebagainya yang mempunyai tujuan untuk menyambut Hari Kekasih.

Namun, apa yang membimbangkan sejak kebelakangan ini ialah pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa. Mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasang2an serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.


Sejarah Permulaan Valentine's Day

Kebanyakan masyarakat khususnya generasi muda pada hari ini hanya mengikut apa sahaja yang datang dari barat tanpa mahu mempersoalkan sama ada Valentine's Day mempunyai hubungan yang rapat dengan sejarah, tradisi dan ajaran Kristian. Terdapat 3 pendapat mengenai asal-usul Valentine's Day :

  1. Valentine's Day bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi Juno ratu kepada dewa2 dan dewi2 Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama2 gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

  2. Pendapat kedua menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang2 Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

  3. Pendapat ketiga mengatakan Valentine's Day diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah ditempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova karana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih2 lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Hujjah dan Dalil

Islam sanagt prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi2 yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain, umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;

Bermaksud : "Katakanlah (wahai Muhammad) : Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku."

(al-Kafirun : ayat 1-6)


Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal2 bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. :

Bermaksud : " Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Kesimpulannya

Sebagai kesimpulannya, budaya dan amalan meraikan Valentine's Day adalah dilarang sama sekali oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur2 ritual dan kepercayaan agama Kristian serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat. Di dalam Islam, usaha untuk memupuk kasih sayang tidak semestinya dilakukan hanya pada hari tersebut sahaja kerana cinta merupakan satu proses yang berpanjangan dan berterusan sehingga seseorang menghembuskan nafasnya yang terakhir.





Rujukan :

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa :

"Amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur2 Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam."

Dariku :

asy menyeru kepada remaja Islam di luar sana selain diriku ini agar kembali kepada agama Islam yang ajarannya menyuruh manusia melakukan kebaikan dan mencegah manusia melakukan kemungkaran. Kembalilah pada tradisi dan budaya sendiri. Janganlah menjadi masyarakat yang rosak akhlaknya dek mengikut ajaran sonsang yang memusnahkan kesucian agama Islam kita.

Mungkin ada yang merasa bosan membaca artikel ini kerana telah pun mengetahuinya tapi asy saja ingin mengingatkan kembali kepada rakan2 akan keburukan gejala sosial ini dek terdengar perbualan sekumpulan rakan2 asy semasa pertemuan kelmarin yang masih naif akan sejarah Valentine's Day ini. Mungkin usaha yang tidak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya, insya-Allah.

Wallahu a'lam..