Sabtu, 21 Februari 2009

apa salahku...??!


...tiada daya lagi untuk aku mencari jawapan sendirian..
katakanlah dan khabarkanlah kepadaku akan kekhilafan diriku..
agar aku bisa mengubahnya menjadi lebih baik walaupun tidak sempurna..

...tiada daya lagi untuk aku mencari jawapan sendirian..
andaiku tahu...
akanku bertindak lebih matang terdahulu..
akanku hindar daripada mengguris kalbumu..
akanku elak daripada kehilangan dirimu..
...tiada daya lagi untuk aku mencari jawapan sendirian..
kerna aku kini putus asa dalam kesepian..
aku sepi tanpa mesej2 yang dulu sering bertandang dalam 'inbox' handphoneku..
yg setiap kali memberikanku semangat agar terus bangkit menjadi seorang yang berguna..

...tiada daya lagi untuk aku mencari jawapan sendirian..
tanpa pemberitahuan, kau mula menyepi dan meninggalkanku tanpa kesan dan belas kasihan..
mesej2 yang ku hantar kau biarkan sepi tanpa balasan..
mungkin kau bosan..
kerna aku sedar aku hanya seorang budak yang baharu bertitle 'remaja'..
tidak matured dan tidak setaraf dengan tahap pemikiran beliamu..

...tiada daya lagi untuk aku mencari jawapan sendirian..
kerna aku mula muak dan bosan menjadi penunggu yang kononnya setia sedangkan tanpa arah tujuan..
bahkan harapan..

...tiada daya lagi untuk aku mencari jawapan sendirian..
kerna aku juga insan lemah..
pintu hatiku tidak lagi utuh dan tidak tegar dek kerap diuji dan diketuk oleh insan2 yang mempunyai pelbagai harapan..
aku kini merasakan tembok kesetiaanku ini mula punah walaupun telah ku bina kebal dahulunya..

...tiada daya lagi untuk aku mencari jawapan sendirian..
kerna aku tidak akan terus bertahan andai hati yang gersang ini terus diberi cubaan tanpa dibajai dengan..dengan..dengan..
aku kini tiada daya..
aku mungkin kecundang..
bahkan merelakan agar segumpal darah merah ini dapat merasai nikmat kewujudan ia sebenarnya..

...tiada daya lagi untuk aku mencari jawapan sendirian..
kerna aku sedar hakikat insan..
berubah mengikut peredaran zaman..
aku bukan sang setia kini..
bahkan tidak pula aku mengakui sebagai pengkhianat..
kerna kau yang buat aku terpaksa..

...tiada daya lagi untuk aku mencari jawapan sendirian..
andai sudah terang2an kau mengajakku menghampiri lembah kehinaan..
aku menolakmu jelas dan tegas dek nasihat yang dulu kau amanahkan padaku..
"ikut cakap ibu, ayah, ustazah..!"
aku akui.....aku cintai duniawi..
tapi aku sedar.....hati ini kuat mengatakan bahwa cintaku ini lebih besar buat nikmat ukhrawi..

kini...
aku insafi diri..
betapa yang buruk usah dikenang lagi..
biar diriku ini terus mengorak langkah..
agar kelak aku tidak kecewa kerna lalai dengan perkara yang sia2 dan nikmat sementara..

0 ulasan: