Jumaat, 27 Mac 2009

cara terbaik atasi KEGAGALAN mengikut acuanku..

Apabila kamu berhadapan dengan kegagalan, jangan sesekali terus murung dan memencilkan diri. Ini akan membuatkan kamu berfikir yang negatif dan tidak ada semangat untuk bangkit. Akhirnya, kamu akan sentiasa berada dalam keadaan resah dan gelisah. Jadi, bagi kamu yang berhadapan dengan kegagalan dan mahukan hidup yang ceria, ini adalah beberapa panduan mengikut acuanku..ngee~

rasa diri keseorangan


murung dan memencilkan diri



CARI HIKMAHNYA
Jangan terus memandang rendah pada sesuatu yang berlaku ke atas diri kamu. Harus diingat! Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Fikir positif dapat selamatkan kamu dari terus dibelenggu penyesalan. Mungkin tidak dapat kita sangkal kegagalan ini memungkinkan timbulnya fitnah buat agama tercinta tetapi terus mundur dalam kegagalan dan putus asa kepada rahmat-Nya juga akan menerbitkan fitnah yang lebih besar buat agama kita di kemudian hari. Bukan begitu..?

"...be happy for your life..insyaallah, all will be fine..ada hikmah semua yang berlaku..SPM bukan pengakhir tapi bermulanya segalanya.." - AH



PANDUAN

Seterusnya cubalah minta petunjuk atau panduan daripada orang lain untuk membantu kamu merubah dirimu. Kamu boleh dapatkan khidmat kaunselor ataupun khidmat nasihat daripada orang terdekat dengan kamu seperti ibu bapa, sahabat, mahupun senior2. Misalnya sekiranya selama ini kamu terasa seperti hidupmu sentiasa murung dan tidak pernah indah setelah kamu gagal mencapai apa yang diimpikan, minta pandangan orang2 yang dipercayai itu untuk bantu kamu bangkit dari kegagalan tersebut. Namun jangan mendengar nasihat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kuatkanlah semangat kamu untuk melakukan apa yang sepatutnya.




PERBAIKI DIRI

"..asy, semua yang berjaya...mereka mulanya gagal..hanya orang yang gagal je merasai kemanisan kejayaan.." - AH

Ini juga antara perkara yang paling penting iaitu perbaiki diri. Cuba renungkan sejenak tentang hubungan kita dengan sesama manusia mahupun Allah S.W.T. Adakah kita menjaga hubungan ini dengan baik..?

"..Ditimpa kehinaan mereka walau di mana mereka berada melainkan berjaya berpegang dengan agama Allah S.W.T dengan menghubungkan diri dengan Allah S.W.T dan juga berbuat baik sesama manusia..." - (surah Ali-Imran : 112)

"..Sesungguhnya orang yang mukmin itu bersaudara antara satu dengan yang lain.." - (surah al-Hujurat : 10)

Oleh itu, jangan takut atau malu untuk mengungkap kata maaf. Tidak kiralah pada orang lain ataupun pada diri sendiri. Berjanjilah pada diri, kamu benar2 menyesal dan tidak akan ulangi lagi kesilapan tersebut. Cara terbaik untuk kamu tebus kesilapan pada diri sendiri adalah berbuat baik dan lakukan sesuatu yang berfaedah. Mungkin dengan kegagalan tersebut membuatkan kamu insaf disamping menyedari kekurangan diri kita sebagai hamba kepada Allah S.W.T sekaligus berusaha menjalinkan hubungan yang lebih intim kepada-Nya. Tetapi sekiranya dahulu kamu taat beribadat kepada-Nya; melakukan solat2 fardhu disamping solat2 sunat seperti solat rawatib, solat hajat, solat tahajjud, solat tasbih, solat dhuha dan sebagainya, janganlah kamu menganggap bahawa Dia tidak prihatin pada usahamu. Jangan kamu pertikaikannya dek kerana kegagalan yang kamu hadapi kerna mungkin ada yang Dia sediakan di hari muka kelak lebih baik dan indah daripada yang kamu inginkan sekarang.

"...Usah memperdagangkan ayat-ayat Tuhan itu dengan begitu murah harganya..." - (surah al-Baqarah : 41)

Sehubungan dengan itu, teruskanlah amalan2 tersebut dan yakinlah sepenuh hati bahawa Dia adalah Yang Maha Mengetahui akan sesuatu.

"..all is about minded psychology asy.." - AH



TERUSKAN BERUSAHA

Sentiasalah percaya setiap kegagalan itu adalah jalan untuk kamu menuju kejayaan. Jangan fikir apabila kamu gagal, segala2nya sudah musnah dan tamat. Kamu seharusnya berfikir kehidupan kamu baru bermula dan harus melipat gandakan lagi usaha kamu untuk menggapai impian yang sama. Tidak kiralah sebanyak mana pun kamu gagal, namun percayalah Tuhan tidak akan mengecewakan hambanya yang sentiasa berusaha dan bersabar dengan dugaan yang diberikan. Suatu hari nanti pasti apa yang kamu impikan akan terlaksana dan pada masa itulah kamu akan merasai nikmat kemanisan kejayaan, insyaallah.
"..so, mengapa kita pilih untuk tidak berjaya jika kita boleh berjaya..??!" - AH

ketahuilah...


oleh itu..



kerna...



hahaha...mungkin ramai akan tertanya2 kenapa blog "asyi dotdot" asyik cerita pasal kegagalan..sesungguhnya, aku merupakan salah seorang hamba yang sedang menerima dugaan daripada-Nya..dan sudah semestinya, entry terbaru ni khas kepada mereka yang senasib dan akan senasib denganku...

"..nape sume tak adil..?" - status ym ; Fri. 27/3

guess what..? semalam ramai yang 'buzz' aku tanya pasal status mesej aku yang agak tiba2 ni.. Sememangnya aku sengaja untuk mendapatkan perhatian..resam hidup, mereka yang berjaya akan mendapat penghargaan, diberi perhatian, diakui sebagai saudara bahkan mungkin tidak putus2 menerima ucapan tahniah daripada umum. Sedangkan mereka yang diuji dengan keperitan ketidakcemerlangan akan ditindas jauh daripada umum, dibiarkan mereka ini mengharungi keperitan seorang diri bahkan mungkin tidak lagi diingati mahupun diberikan ucapan tahniah atas keberanian mereka menempuhi cabaran hidup @ kegagalan lalu ditinggalkan oleh teman rapat yang paling diharapkan untuk bersandar. Oleh kerana aku pun merasa disisihkan, aku pun mendapat ilham untuk menyediakan entry sebegini. Hopefully memberi manfaat khususnya kepada mereka yang berada dalam situasi yang sama dengan perjalanan hidupku serta para pembaca yang aku kasihi.

Dapat aku simpulkan di sini bahawa tidak ramai yang sudi mengambil pusing kepada mereka yang berada di bawah bahkan berasa selesa untuk memandang mereka yang berada di puncak. Tidak mampu aku sangkal lumrah tersebut tetapi sebagai seorang manusia, kita dikurniakan akal fikiran hati dan perasaan untuk kita manfaatkan kepada diri dan insan2 yang berhak menerima ihsan. Apakah akan jatuh maruah kita sekiranya kita mendampingi mereka yang berada dalam kesusahan..? Sekiranya anda mengatakan TIDAK, maka berusahalah dari selesai kalian tamat membaca entry ini untuk bersama2 memberi semangat kepada mereka yang kurang bernasib baik. Bantulah mereka selagi terdaya kerna perkara yang baik akan mendapat ganjaran yang baik dan sebaliknya.

"..Wahai orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum itu mengeji atau memperolok-olokkan kaum yang lain kerana boleh jadi orang yang mereka perolok-olokkan itu lebih baik daripada mereka dan jangan pula wanita-wanita memperolok-olokkan wanita yang lain kerana boleh jadi mereka lebih baik daripada wanita-wanita itu..." - (surah al-Hujurat : 11)

Wallahu a'lam..

* sebarang ketidakpuasan hati @ komen amat dialu2kan..just klik pd 'ulasan' kat bwh ni..tq.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ai ikin..!
ak skong ngn entry ko kli ni..
mmg salunye owg yg x b'jye akn dipinggirkn..
myb ak x rse sgt c0z ak sek kat sek harian..
tau x..ak kagum dgn smgt ko tuk terus hadapi cbrn idop..wlup0n ko budk sbp, ko x s0mbg nk lepak ngn kwn2 kte y len..bahkn k0 salu korbankn wkt n dri ko n kdg2 'maruah' ko tuk wt kwn2 len sng..
cm yg aku 'buli' ko tny 2 ni kat seni0r2 ko..? ngee~
mst gr0up kite akn bgge ngn ko..
tap..bile ko dh b'jyr t..jgn lupe pulak kat org2 yg kat bwh ko pulak..?!!!! =)

-peminat-

Tanpa Nama berkata...

slm ketemuan..
lme x jmpe k0 qin..gndu sgt2..
ak t'jmpe blog k0 kat fs..s0,ak serbu r..
nwy, ak sk0ng bile k0 xpts asa..bg ak, adillah jk Allah nk uji k0 skrg..kte dh lme knl..ak p0n knl k0sbg org y salu b'jye, dsukai rmi n salu jad rebutn budk laki p0pular smpi kte gad0 bsr!!..sjk k0 msuk skbh wkt drjh 4, k0 salu dpt 1st dlm pekse..pljr t'bek stiap sbjk c0mpete ag ngn wan afif n arif adam..cgu2 sume ske kat k0.. ko salu y t'bek..pljr p0p, kptn bl bling, GA bl jrg..juara lmpt tggi.. n cm2 ag. 2 x kira ag adk brdk k0 konker sek kat sabah n kat skbh..pndk cte k0rg mmg gempakz dlu. myb Allah nk uji k0 skrg.. k0 hrus tbh hrungi dgaan id0p..
tau x, ak plg rspect k0 sbb k0 ad prinsip id0p..salu mnntg kkersn ngn klmbutn kata2 n prilaku k0..skrg, bru ak phm npe sume org t'msuk budk2 laki suke dmpingi k0.. s0, ak hrp k0 ceria hdpi id0p ni..krn smpi skrg p0n owg ttp akn knl k0 s pljr cmrlg wlup0n diorg tau k0 krg bek dlm spm..ag stu, ak x tau nk kac k0men kat bnde ni..klo de y x kne..s0e la..

-musuhmudlu2-

asyi berkata...

salam..
tq pd sume yg sud bg k0men..

to peminat :
wlup0n ak x dpt agk ko sape (antr 2org y ak tlg wkt kat cc) tap ak hrgai k0men k0 2..bukn ke gr0up kte dh d bubarkn..?!
nwy, sume dh pecah2 skrg..dh l0st c0ntct p0n..! tap ak rse puas sgt2 bile dpt tlg org lbh2 ag kwn ak sndr. ak ttp ikin y k0rg knl..prubhn y sdkt 2 mmg ptut la de..dh hmpr nk 18 thn p0n.nwy, tmpt jtuh ag dkenang inikn pula tmpt bermain..!

to musuhmudlu2 :
haha..ak knl dh k0 y mne..wlup0n agk x rpt dlu tap fren 4 eva..?
nwy, k0 t'lalu memuji..x bek tuk ak tau. myb u're right..time ak pulak skrg hdpi zmn kjatuhn..insyaallah, ak pst b'usaha. tap, persepsi k0rg pd ak kdg2 wt ak malu nk ngaku sape ak skrg..!! =(

Tanpa Nama berkata...

salam hyyyye ikin aq da bce blog mu..
hm kata2 ko 2 btol, stiap yg datas 2 tdak akn kkal slamenye d ats.pape pn usha i2 yg lbh pntng...
aq tau ko rjin brusaha x mcm aq yg hnya ske brgmbre shj, n x pk mse akn dtg... sowe aq x pndai nk wt ulsn la.. pape pn bler nk gtau rslt spm da lme aq tnggu...hehe
pape pn jgn la kte lpe pd yg ESA n ngat la sesape yg tlah bnyk brkorbn pd kte. mngkn kte x bley cmerlang dlm spm, mngkn bukn rzki kte tp mngkn kte akn brjya skire nye kte brusaha lg... ur pwen sulaiman, skbh