Sabtu, 1 Mei 2010

KSKB SG BULOH kini syurgaku.. =D

Indahnya kehidupan kadangkala membuatkan hati ini tidak sepi dengan pelbagai ragam emosi. Baik yang menyenangkan mahupun yang menyesakkan. Kadangkala air mata turut hadir menemani beberapa keadaan bagi menyempurnakan tuntutan emosi...subahanallah, sungguh warna-warni kehidupan di dunia sementara ini..
1 Januari 2010 merupakan tarikh keramat aku menjejakkan kaki ke KSKB SG BULOH..pelbagai perasaan menyebabkan aku gagal mengesan sesuatu dengan pasti...


Sepanjang berada di kolej, banyak yang aku pelajari baik dari segi akademik, s0sial, sahsiah diri dll...selepas menempatkan diri dalam program orientasi, batch kami (termasuk kumpulan 7) berpecah mengikut kursus masing2..paling menyedihkan pabila aku terpaksa berpisah dengan rakan2 kumpulan yang mengambil kursus Pegawai Kesihatan Awam (PKA) di mana mereka akan dipindahkan ke Rembau, Negeri Sembilan...

Jujur, terlalu terkesan di hati setelah berpisah dengan mereka; Syamsul Azni bin Salleh, Harman ak Rasan dan Walter.


Walter n Asyi..
..kenangan bersama ketua kumpulan 7 orientasi..



Man n Sy0n..
...p0sing abang2 mach0...


Kehidupan di kolej diteruskan.....aku berusaha mengelakkan diri untuk terjebak dalam masalah s0sial. Oleh itu, aku mengambil inisiatif membentuk GENG aku sendiri...bermula dengan 5 sekawan bertambah kepada 8 sekawan...terdiri daripada 3 kakak, 1 abang dan 4 yang lain sebaya diriku @ 4 veteran dan 4 muda remaja @ kak long, kak ngah, kak lang, abg long dan adik2..he3


K.A.M.I semuanya sangat happening diserikan dengan 2 kanak2 RIBENA; SHAMIR B ABD HALIM (cend0L) + SHAIFUL IZWAN B NORIZAN (epul) = 19 THN...abang yang c0ol, MUHAMMAD FIRDAUS B AZIZ (daus), 20 THN...kakak2 yang tua, NUR HEIMIZAH BT ZULKAFLI (kak emi), 24 THN..NUR HAFIZAH BT ALI (kak fiza), 23 THN..NURUL HIDAYAH BT ABDUL WAHAB (kak daya), 22 THN...IRMA FATIN BT MD MASRE (ema), 19 THN @ rakan seusiaku...


GENG 8 : kenangan terindah
...beriadah di taman rekreasi layang2 di selayang...


Alhamdulillah...sehingga kini perhubungan karib antara K.A.M.I masih terpahat kukuh. Mungkin terlalu melampau sekiranya aku katakan GENG 8 kami ini adalah yang paling 'happening' dalam kursus dalam batch kami, hakikatnya..

Hal ini mungkin kerana sifat diri kami sendiri yang saling melengkapi..... Antara kami adalah manusia popular dalam kursus kami yang terdiri daripada 200 orang pelatih dalam satu kuliah dan kelas.....20 orang pelatih daripadanya adalah tajaan Kementerian Pertahanan Malaysia (KPM) termasuk diriku dan selebihnya adalah tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)..

Ramaikan.....???

Tapi percayalah...untuk mendapatkan ilmu, seorang pelatih perlu bersaing lebih dari 199 orang pelatih lain yang mungkin sebaya, lebih tua + berpengalaman di kolej swasta lain dahulunya atau mungkin yang telah berumah tangga atau mungkin lepasan matrikulasi, universiti atau yang telah bekerja....he3

.....aku menadah tangan berd0a memberitahu Tuhanku bahawa aku bersyukur kerana Allah telah mengurniakan teman2 seistimewa kalian kepadaku.... Duhai teman, aku berjanji jika semalam aku adalah temanmu, hari ini aku masih lagi temanmu dan janganlah kalian risau mengenai es0k kerana aku akan sentiasa menjadi temanmu...itulah janji dan hadiahku kepadamu...

ukhwah fillah abadan abada


Khamis, 3 Disember 2009

Sekadar Luahan...

Segala puji bagi Allah yang Maha Melihat lagi Maha Mendengar setiap gerak-geri semua hamba-Nya dan Maha Suci Allah yang menjadikan langit yang terang-benderang, bintang yang bergemerlapan, matahari yang bersinar dan bulan yang mendamaikan serta bumi yang memberi pelbagai nikmat. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w semerbak bunga yang sentiasa menyemarakkan bau wangi, hujan lebat yang sentiasa mengalir, orang-orang baik yang sentiasa bertemu, orang-orang salih yang sentiasa berpelukan serta seluruh keluarga para sahabat dan siapa sahaja yang berjalan di atas pertunjuk-Nya sehingga hari pembalasan (kiamat) kelak.

Sesungguhnya, aku meyakini tiada daya melainkan
dengan pertolongan-Nya..

Timbulnya derita di hatiku ini, saat ini, tiada siapa yang mengerti atau bisa mengubati melainkan dengan kehendak-Nya. Apalah daya diriku yang lemah ini untuk menghalang suratan ketentuan takdir. Kisah diri 'difitnah' oleh seseorang yang sangat2 aku hormati mencalarkan maruah diri dan keluarga yang aku cintai. Tidak dapat aku bayangkan sekiranya aku gagal mematahkan 'fitnah' yang nyata itu kelak. Sungguh, aku hampir tewas dalam ujian ini kerna diri ini benar2 rasa terhempap lagi dihimpap bahkan rasa tersepit dan dihimpit. Inilah bebanan yang maha berat pernah aku alami sepanjang kehidupanku bergelar seorang pelajar. Jujur, tidak terlintas di kotak fikiranku untuk melakukan perbuatan khianat tersebut. Hanya aku yang mengenali diriku dan aku yakin aku seorang yang mendiri.


Begini...

Pertemuanku dengan pihak A di bilik persendirian para pensyarah menemui jalan buntu buat diriku. Setelah pertemuan itu, baru ku tahu akan maksud 'fitnah' atau tuduhan yang dilemparkan kerna ketika tuduhan dilakukan kepada diriku, aku sedang menjalani peperiksaan di dewan peperiksaan. Mungkin, pabila kufikirkan kembali, diri ini terlalu cuai sehingga layak menerima tuduhan yang kurang atau sangat2 tidak berasas tersebut. S
aat itu, terlalu murah harga setitis air mata kutumpahkan menuruni wajah remajaku.
Pertemuan yang sia2..



Ditakdirkan...

Tuduhan dilemparkan ketika aku sedang khusyuk + tekun + sabar + teruja menjawab kertas peperiksaan kedua akhir di semester pertama yakni kertas soalan FIZIK. Ketenangan pagi yang teramat sebelum peperiksaan yang aku rasai menuntut tebusan yang
mahal untuk aku bayar sepanjang bergelar seorang pelajar. Tidak aku sangka kebahagiaan hari2 lalu bisa diragut oleh-Nya dalam sekelip mata sahaja. Sungguh, aku belum siap diuji sekali lagi. Bagaimana harus aku hadapi rintangan kehidupan yang bertali arus memasuki kotak dan neraca kehidupan kecilku..?
Aku hanya insan biasa. Aku juga seperti kalian. Aku juga punya naluri insan yang menginginkan kebahagiaan dan kesempurnaan walaupun diketahui pasti bukan milik kita yang hakiki. Mungkin kalian tidak bisa membayangkan keadaan diriku yang sedang menjawab kertas soalan dalam keadaan berjujuraian air mata...hilanglah f0kus jawapannya.


Kesedihan yang melampau...


Aku yang kononnya dikenali sebagai 'n0 problem' kerna punyai 'banyak akal' dalam menghadapi apa2 konflik dalam kalangan teman2 kampusku akhirnya dengan sendirinya mengalah ketika aku ditimpa permasalahan ini. Tekad untuk tidak mengalirkan mutiara2 jernih di pipi pada benda2 yang tidak pasti telah kumungkiri. Aku sedar, aku tidak kuat menghadapi pertuduhan itu walaupun bukan berpunca dari diriku semata-mata. Sesungguhnya aku benar2 dilanda kemurungan dan tekanan jiwa yang melampau dan akhirnya aku sedar bahawa diri ini juga mengalami kesedihan yang terlampau2. Jarak dua hari sebelum kami, para pelajar diploma sains, menduduki kertas soalan peperiksaan akhir semester satu yakni kertas soalan KIMIA, tidak aku penuhi dengan inf02 tambahan. Sehari suntuk menangisi nasib yang menimpa diri membuatkan kepalaku berat, pening dan pitam serta lesu yang teramat menyebabkan aku dinasihati untuk meneruskan sahaja istirehat. Mujur hari yang berikutnya aku diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan. Itupun setelah aku diingatkan oleh teman2 dan kakak kesayanganku, Nuradilla bt Idris, untuk tidak mensia2kan waktu. Katanya, perkara yang lepas, biarkan ia berlalu, hari yang mendatang hadapi dengan sabar dan tabah. Jangan biarkan diri menjadi seperti perempumaan ini : yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran.
Kini, aku kembali bersemangat untuk menghadapi 'fitnah' itu dengan berlapang dada.


Hasil perbicaraan...

15hb Nov sebenarnya tarikh permulaan cuti semesterku. Tapi aku terpaksa menangguhkannya beberapa hari kerna aku akan kembali lagi yakni ke bilik mesyuarat bahagian pentadbiran kampus pada 18hb Nov untuk perbicaraan. Dipendekkan cerita, ramai pelajar yang hadir gagal memberikan hujah2 yang mantap untuk 'clean
up' nama mereka. Dan hasilnya, hanya 2 orang sahaja yang dapat berkecuali dengan denda yang pasti dan yang selebihnya tetap ditakrifkan bersalah walaupun ada dikalangan kami yang benar2 tidak bersalah seperti diriku dan se0rang pelajar perempuan peringkat pra diploma yang tidak kurang mantapnya menghurai dan melebarkan bicara menentang pertuduhan. Kata salah se0rang ibu kepada pelajar yang disabitkan kesalahan sepertiku, agak sukar bagi pelajar memenangi kes sebegitu di peringkat universiti ini. Mungkin pihak atasan lebih mempercayai barisan pensyarah mereka dan tiada sebab untuk mencurigai barisan tenaga pendidik. Hal ini berdasarkan pengalaman mak cik itu sendiri yang juga sebahagian warga sebuah universiti di Johor.


Kesudahan...

Walaupun diriku telah mengangkat sumpah mengaku akan berkata benar melainkan yang benar2 belaka, aku tetap juga tidak bisa lepas dari 'fitnah' dan pertuduhan tersebut selepas usai perbicaraan. Rayuanku juga tidak berpihak pada diriku. Kesimpulannya, aku masih belum 'bebas' dari pertuduhan tersebut. Apakan daya, mungkin belum tiba masanya untuk aku mengangkat piala kemenangan waktu ini. Selanjutnya, aku tetap dan akan memperjuangkan hak diriku sebagai mereka yang tidak bersalah dan hak sebagai m
ereka yang teraniaya serta hak sebagai pelajar yang diberi peluang bersuara walaupun aku ketahui bahawa peluang untukku menang sangat tipis dan terpaksa menembokkan mukaku pada pihak2 yang memandang serong kepada golongan kami. Sebagai antara bakal2 komander, peneraju kelicinan pengurusan universiti dan antara MPP, diri ini perlu berani menegakkan keadilan sebagai contoh kepada rakan2 seperjuangan. Diri ini tidak akan membenarkan mereka2 yang lain mempertikaikan keberanianku dan rakan2 seangkatan dalam tampuk kepimpinan kami, insyaallah.


Harapan...


Semoga diberi kesempatan menjadi golongan yang berani menegakkan keadilan supaya dapat merasai nikmat kemanisan perjuangan sebenar. Doa dari kalian2 semua buat diri ini dan sahabat2 lain yang tidak bersalah sangat2lah dihara
pkan kerna perjuangan ini bukanlah sekadar suka2 bahkan setiap seorang daripada kami ini masih bertanggungjawab membawa maruah diri, keluarga, bangsa kita, negara kita dan yang paling penting sekali ialah maruah agama Islam kita. Sesungguhnya, tidak mahu diri ini menjadi 'fitnah' buat agama tercinta. Terlalu berat d0sanya. Walau apapun, diri ini bersyukur kerna diberi peluang marasai pelbagai nikmat kehidupan. Alhamdulillah..moga diri ini sentiasa mensyukuri nikmat dari-Nya.


Pers0alan berbangkit...


Wajarkah diri ini membuka aib orang yang sangat2 dikagumi @ pendidik @ guru kita sendiri dengan alasan untuk membuktikan yang kita tidak bersalah..?
Jika tidak wajar dilakukan, apakah jalan terbaik yang boleh diambil...?


* [pandangan kalian semua sangat2lah dialu2kan, diperlukan, dan diharapka
n..]


Penghargaan...


Kepada rakan2 serumahku, Aida Awanis, Noor Farahanim dan
Noor Hafiza, rakan2 terdekat, Noruzanita, Wan Nurfarhanis dan Mona Nadia, beberapa rakan2 dan seni0r2 ex-SBPIS seperti Hanis Harleeza [antara rakan yang menemaniku ke kampus di hari ke-2 untuk menuntut keadilan - terima kasih, nis..!!] dan yang sewaktu dengannya, teman2 GENG 9, ex-fasilitator, dan rakan2 seperjuangan yang mengetahui tentang perkara dan hal ini, diri ini hanya bisa mengucapkan terima kasih atas kesudian kalian membantu diri ini baik dengan memberikan nasihat, membantu menguruskan diriku sewaktu diriku tidak terurus, membantu diri menghadapi kertas peperiksaan akhir (study gr0up), pelaksanaan aktiviti2 outd0ors bagi mencari ketenangan fikiran (GENG 9), dan apa2 perihal lain yang sama waktu dengannya, diri ini hendak memberitahu bahawa pengorbanan kalian2 semua sangat3 diri ini hargai. Kehadiran kalian2 dalam percaturan ini membuatkan diri ini tidak berasa kesorangan dalam perjuangan. Semangat yang kalian lahirkan memberi kekuatan pada diri ini di waktu perbicaraan kes itu, sungguh..!!! Hanya Allah sahaja yang mampu membalas kebaikan yang kalian lakukan. Insyaallah, diri ini akan berjuang sehingga beroleh kemenangan. Doa kalian sebagai jaminan pelengkap perjuangan. Pada kakakku, Nuradilla bt Idris dan seluruh ahli keluargaku yang aku cintai, kalianlah juga pemangkin diri ini untuk meneruskan perjuangan. Diri ini tahu terlalu berat untuk kalian juga hadapi permasalahan ahli keluargamu ini, tapi fahamilah, berat lagi bahu ini memikul bebanan tersebut. Ketahuilah al0ng, bahawa along adalah kakak terbaik yang pernah diri ini miliki. Jasa dan budi baikmu tidak dapat diri ini balas melainkan berusaha menjadi seorang adik yang boleh along banggakan, mudah2an, insyaallah.


rakan2 serumahku : eda, anim, fieza n asyi



rakan ex-sbpis (menemaniku ke kampus, 16/11/09 - kha.) menunjukkan pas pelawat :
hanis harleeza
[ sebenarnya, hanis juga kena usha oleh 'seseorang' di kampusku..he2 ]



rakan2 terdekat : zanita, mona, anis, dan asyi


TERIMA KASIH SANGAT2 KORANG,
JASAMU DIKENANG..!! =')





Pesanan pada mereka2 yang berkaitan..
  • GENG 9 : diri ini sangat2 menghargai hubungan persahabatan yang baru terjalin. Selagi termampu rasanya tidak salah diri ini berusaha membantu. Insyaallah, sekiranya telah mendapat jawapan yang pasti dari mereka2 yang lebih arif, diri ini akan segera menghubungi kalian. Tetapi, janganlah terlalu mengharap sangat, takut tidak mampu diri ini berikan jawapan yang kalian harapkan. Pasal kita 'usha2 orang2 + on9' tu, diri ini maafkan. Diri ini tahu yang kalian hanya bergurau. Bukankah tuan punya badan juga mengirimkan 'SMILE' untuk kita semua...? he2... Teruskan mengikuti penulisan2 di blog2 kami. Semoga sama2 dapat memberi manfaat.
  • Fasilitator outd0ors aktiviti (tak bertauliah sebenarnya, he2..kantoi2..!!) : Terima kasih atas perkhidmatan komputer riba dan br0adband. Sungguh bermanfaat buat diri dan GENG 9. Jujur, terlalu bermakna malam terakhir itu.
  • Sis A dan Bro H : semoga penjelasan tentang berkahwin muda dan soal lamaran dari kenalan2 diri ini dalam hidup kalian dapat membantu untuk kalian membuat keputusan. Diri ini mendoakan yang terbaik dalam kehidupan kalian. Sekiranya 'majlis' tersebut bakal dilaksanakan, jangan lupa menjemput diri ini di melaka. Huhu~
  • Rakan2 baru : diri ini bukan sombong untuk 'melayani' kalian, tetapi diri ini masih punya masalah yang memerlukan sebahagian tumpuan. Diharap entry kali ini dapat menjawab persoalan kalian selama ini. Sekiranya berkesempatan, insyaallah diri ini akan segera membalas e-mel2 kalian.
  • ex-rakan rapat @ baik @ sewaktu dengannya : diri ini hanya manusia biasa. Punya hati dan perasaan yang tidak bisa dipaksa2. Ketahuilah, bukan niat sebenar diri ini bertindak 'kejam' menjadikan YM ku 'permanently on9' pada sesetengah kenalan atas desakan hati yang belum mampu menghadapi kerenah kehidupan lampau. Masalah2 yang bertali arus membataskan tindakan. Jujur, diri ini gembira dan senang kerna masih dihargai. Usaha yang berterusan pasti mendapat ganjaran yang baik kan....?


Apapun yang boleh dikatakan di sini, diri ini bukan mengharap belas kasihan pada mereka yang mengetahui akan hal ini. Cukuplah sekadar diri ini berkongsi. Diharapkan, kisah ini juga dapat memberi pengajaran pada kalian dalam mengharungi kerenah kehidupan. Mungkin inilah dugaan yang harus diri ini hadapi sebelum melangkah ke alam pekerjaaan yang menjanjikan pelbagai ragam manusia kerna diri ini meyakini ini merupakan warna-warni suka duka kehidupan. Yang pasti, pengajaran di sini, sebagai seorang Islam, kalian wajar menegakkan keadilan lebih2 lagi sekiranya ia melibatkan soal maruah. Ingatlah, semua diantara kita punyai tanggungjawab pada diri sendiri, keluarga, bangsa, negara dan yang jelas pada agama Islam tercinta kerna diri kita sebenarnya, sedar atau tidak menjaja maruah itu semua. Hindarilah diri kalian daripada menjadi individu penyumbang ke arah bahan fitnah pada agama terutamanya.

Sama2lah sentiasa mengingatkan...






Sabtu, 24 Oktober 2009

HARI YANG INDAH..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...


Alhamdulillah, bahagia sangat2 hari ni dapat meluangkan sedikit masa untuk berkongsi sesuatu dengan kalian semua. Sebelumnya, Asyi nak moh0n maaf sangat2 sebab tak dapat nak meng'update' blog dalam lebih 2 bulan. Jujurnya, Asyi memang tak berkesempatan selain dihimpit waktu. Almaklumlah, Asyi dah nak final exam tak lama lagi ; 28hb Oktober hingga 15hb Nov. Kalau Asyi tak salah, final exam untuk semua pelajar UiTM selaras. Apa2pun, Asyi doakan yang terbaik pada rakan2 yang bakal menduduki peperiksaan. Pada yang telah lepas, Asyi doakan kalian mendapat apa yang dihajati, insyaAllah. Tiba2, teringat ungkapan yang bermakna daripada seni0rku, Kak Izah :

".......setelah kamu berusaha, hendaklah kamu bertawakkal kepada ALLAH....."

Lama Asyi tak menjengah laman sosial ni bercerita dan berk0ngsi sesuatu. Rindu rasanya untuk dikritik, dileteri, dinasihati, dikasihi, dibelai, berkasih sayang dan bermadu kasih dengan kalian semua. Adakah kalian masih disisi Asyi?

Kali ni, Asyi nak berkongsi pengalaman pertama menderma darah. Pasti yang mengenali diri ini secara dekat terutamanya mengetahui kelemahan diri ini untuk 'menilik' darah. Ha2.. Tukarlah pandangan kalian. Asyi sekarang dah tak macam dulu. Mungkin sifat berani dapat mengatasi kelemahan diri, alhamdulillah, Asyi diberi peluang oleh-Nya untuk melakukan amal kebajikan. Kepuasan yang tak dapat digambarkan.

Sebenarnya, tak semua orang layak untuk menderma. Terdapat beberapa syarat bagi yang ingin menderma, antaranya, berat badan hendaklah melebihi 45kg, tidak berada dalam keadaan keuzuran ( bagi perempuan ), cukup atau melebihi 6 bulan bertindik dan syarat2 layak yang lain. Tambahan, kekurangan 'haemoglobin' dalam darah turut membantutkan kalian untuk menjadi seorang penderma. Alangkah sedihnya rakanku, Noruzaniata bt Abd Razak, yang mengalami masalah sebegini. Sabarlah Zan, cuba lagi ya tahun depan.

Pada tanggal 20hb Oktober, bertempat di Foyer Bangunan Pentadbiran UiTM, Asyi telah menderma darah ke Tabung Darah Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah yang telah datang ke kampus kami. Ramai pelajar UiTM yang berhati mulia bersedia untuk menjadi penderma termasuklah YDP kami, Ammar Syafiq bin Muslim, yang mendahului para pelajar lain. Walaubagaimanapun, ada juga para pelajar yang berniat untuk menderma tetapi 'takut' untuk 'dicucuk' jarum seperti Class Representative Asyi, Wan Najib Hilman bin Mohd Jaya dan Penolong Class Representative Asyi, Wan Nurfarhanis bt W Ruhaizi. Ha2...Memang sepadan sangatlah dua orang tu.. (..s0e ek najib, anis, aku saje je nk fitnah k0rang..)
Tapi, pendek kata, sambutan yang diberikan pada hari tu memang memberansangkan.



Jenis darah Asyi O+ tau...he2

Tahukah kalian keistimewa rawatan penderma darah bagi kali pertama yang boleh Asyi terima? Kelebihannya, Asyi mendapat rawatan percuma pesakit luar dan rawatan perubatan ( tidak termasuk bayaran X-Ray dan pembedahan) dan wad kelas kedua untuk tempoh 4 bulan. Apa yang lebih menguntungkan, keistimewaan rawatan semakin bertambah mengikut kekerapan kalian menderma seperti yang terdapat dalam Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di belakang Sijil Perkhidmatan Pemindahan Darah Kebangsaan @ National Blood Transfusion Service yang kalian dapat sewaktu menderma darah. Diingatkan di sini, dermalah darah kalian sebagai suatu kewajipan membantu mereka yang memerlukan dan ikhlas kerana ALLAH S.W.T. Bagi yang tidak berkemampuan untuk menderma, janganlah kalian bersedih hati, bermuram durja menangisi nasib diri. Rebutlah peluang melakukan amal kebajikan yang lain.

Sabtu, 29 Ogos 2009

Salam Ramadhan 1430H

Assalamualaikum semua..


Alhamdulillah, cuti merdeka kali ini dapatlah aku pulang ke kediaman terindah bertemu keluarga tercinta. Sebulan tak jenguk rumah rasa tak senang duduk.he2
Rindu rasanya hati ini nak 'sembang2' k0ngsi cerita2 dalam kehidupan kat k0rang semua. Hampir 5 minggu tak dapat nak update blog jadi makin bersawang2lah blog aku yang sedia bersawang2 ni.
Sebenarnya, bukannya aku malas nak update, cum
a maha sibuk dari minggu ke minggu dengan kuiz2 dan test2 bagi subjek2 yang aku ambil. Lagi pula, bukannya tak nak curi sedikit masa, tapi jadi 'pencuri' ni berdosa hukumnya disisi agama.ha2
Sebenarnya kampus cawangan kami baru sahaja tahun ini berpindah ke kampus baharu, jadi banyak kemudahan2 yang masih belum dapat disediakan. WiFi pun belum nak ada lagi. Nak guna br0adband pun susah; lembab gile; susah nak dapat line kat hutan rimba ni. Nak cari siaran radio pun sampai sekarang aku tak dapat lagi; dah sebulan aku kat sana. Hanya pelosok2 tertentu sahaja yang dapat. Line telef0n pun tak usahlah nak cerita, pandai2lah nak hidup..!!

Semalam, aku bertolak dari kampus dalam pukul 9 pagi untuk pulang ke rumah di melaka, kira ni lah bas yang paling awal disediakan bagi pelajar. Alhamdulillah, setelah berebut2 dapatlah aku menjejakkan kaki ke dalam bas. Sedih juga kalau aku kena naik trip kedua. Sedangkan hari jumaat petang sebelumnya aku dah plan nak pulang tapi tak kesampaian sebab k0kurikulum tamat agak lewat petang. Perjalanan ke melaka agak kelamaan sedikit sebab aku dan rakan2 nak save bajet dengan naik 'bas lompat2' dari naik bas express. Aku tiba di rumah dalam pukul 12 lebih. Setelah bersalaman dengan setiap ahli keluarga kecuali mama (sebab mama tak ada kat rumah), terus aku paksakan diri untuk 0nline sekejap walaupun agak tidak bermaya. Tapi paham2 sajalah, kalau dah duduk depan komputer, berjam2 pun susah nak kata penat.he2

Dalam pukul 5 kot baharu aku sedar mama dah pulang dan bersedia nak sediakan hidangan berbuka puasa, along pun dah bangun dari tidur nak tolong mama kat dapur. Cepat2 aku tutup komputer, jengah ke dapur sekejap; salam mama dan solat asar. Walaupun saki-baki kepenatan belum hilang, aku meringankan diri dan tangan memb
antu mama dan al0ng. Rindu nak manja2 dengan di0rang; ni lah masanya..!! hik3
Juadah petang ini agak sederhana, tapi semuanya berselera menikmati juadah semasa waktu berbuka. Senang hati aku dapat juga rasa masakan mama di bulan Ramadhan ni buat kali pertama. Kalau kat kampus, aku makan ala kadar saja, asal perut tak bunyi2 buat lagu keroncong, dah alhamdulillah. Kesimpulannya, memang seron0k dapat berbuka dan bersahur bersama keluarga.

Daripada pengamatan aku yang tak bertauliah ni, semua orang yang n0rmal akan bergembira sekiranya berkumpul bersama keluarga. Ini berdas
arkan entry2 rakan2 blog lain yang menyatakan diri gembira untuk pulang ke rumah lebih2 lagi untuk menikmati masakan ibunda tercinta. Wah..!! Memang sungguh hebat dan 'p0wer' sentuhan air tangan ibunda kita. Oleh itu, sebelum menikmati masakan ibunda kita, mintalah kebenaran dan jangan lupa berikanlah penghargaan kepada mereka. Semoga dengan penghargaan yang dipamerkan oleh si anak memberi suntikan yang lebih tinggi untuk ibu kita menyediakan makanan yang lebih lazat buat keluarga.he3

"...terima kasih, mama..nanti masak s0dap2 agi ek..?!..sayang mama.."




Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan" kepada keluarga kembanganku;
abah, mama, al0ng, arif, adik, saudara-maraku; keluarga mak l0ng, keluarga mak lang; keluarga mak cik, keluarga mak teh, keluarga mak dik, rakan2, pengunjung @ pembaca blogku dan seluruh umat islam sekalian. Semoga Ramadhan tahun ini memberi kesempatan untuk kita meningkatkan lagi amal ibadah, insyaallah.




Tetiba teringat beberapa ucapan Ramadhan daripada mereka yang sudi memberi ucapan buat diri ini sebagai renungan, jadi tak salah rasanya kalau aku ingin berk0ngsi ucapan ini kepada kalian semua. Kira aku kasi ucapan kat k0rang la ni..he2

Ramadhan Al-Mubarak
"...awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah dan penghujungnya pembebasan dari api neraka. Sem0ga Ramadhan kali ini membawa seribu satu keberkatan.."


Ahlan wasahlan ya Ramadhan..

So, j0m kita semua lumba2 men'delete' d0sa2 lalu, 'topup'kan iman dalam diri n cepat2 'redeem' pahala sebanyak mungkin..!!







Sabtu, 18 Julai 2009

Kisah AKU + 6 Huruf..

petunjuk :
H, R, F, S .....adalah perempuan Y, A .....adalah lelaki


AKU + R

  • memang tidak disengajakan pertemuan kami semasa hari jumaat di depan kedai siswa kolej kami. Pertemuan yang singkat bersama R dimeterai dengan janji untuk pulang bercuti ke rumah bersama pada keesokan harinya pada hari sabtu, 18hb Julai.

AKU + H

  • ketika berhasrat pulang menemui keluarga tercinta, tiba2 H bertanyakan AKU tentang kepulangan AKU. Pendek cerita, kerana H ingin meminjam nota matematik yang diberikan kepada AKU semasa H berhasrat meninggalkan kolej untuk meneruskan perjuangan kerana mendapat tawaran yang lebih menarik, SPA. Jadi terpaksalah AKU mengehadkan barang2 untuk dibawa pulang ke rumah. Mungkin, dengan gaya bahasa SMS, H berhasrat mendapatkan nota tersebut setibanya AKU di MC kelak.

AKU + F

  • di dalam bas menuju ke Melaka Sentral, baru AKU sedari bahawa R masih belum mengetahui akan kewujudan kiosk milik ibu F. AKU berhasrat untuk melakukan kejutan buat F dengan kehadiran R. Jadi, AKU telah memastikan koordinat yang tepat keberadaan F melalui beberapa SMS. [rancangan ini mungkin akan berjaya : 1 kejutan yang tidak seberapa buat F]

setibanya AKU + R di MC...

AKU + R + F + H

  • AKU menelefon H menetapkan tempat yang sesuai untuk bertemu sekaligus memberikan nota yang diingini. Perjumpaan di depan kedai roti di MC sekaligus menemukan R bersama H. Pada masa yang sama, Aku agak kehairanan dengan kehadiran H yang begitu cepat. Lagi kaget pabila mengetahui kedatangan H bersama A dan Y dengan sebuah kereta c0mel. Sungguh tidak disangka AKU ditakdirkan bertemu lagi dengan A dan Y.

Jadi, sekarang AKU berjaya kumpulkan lebih ramai orang untuk surprisekan F di KFC Tesco. Sekarang, plan AKU yang kecil dah jadi makin besar.

AKU + R + H + A + Y

  • kami berjalan melalui jejambat ke Tesco untuk temui F.
  • untuk kejutan, AKU sampai dahulu di KFC menyergah
  • Rupanya, S turut hadir dalam plan surprise F untuk AKU. Tapi, AKU tak heran sangat sebab ramai lagi pelakon tambahan yang akan hadir untuk surprisekan F sekaligus S.
  • pertemuan kami menjanjikan plan yang akan memisahkan R dan S.
  • S tidak mendapat kebenaran ibu, R pula akan menghadapi masalah pengangkutan jika mengikuti plan yang dirancang walhal tidak terancang.
  • AKU pula agak keberatan untuk menyetai kumpulan H + A + Y sebab AKU berasa kurang senang. F pula ingin menyertai mereka sekiranya AKU turut serta.
  • melalui pandangan S, AKU dan F wajar menemani H kerana tidak manis H seorang sahaja dengan A + Y tanpa ditemani.
  • melalui pandangan ABG, ABG tidak bersetuju sekiranya AKU kacau daun.

Akhirnya, setelah selesai sessi pujuk memujuk, AKU + F + H + A + Y menaiki kereta c0mel ke Melaka Mall. Seronok sangat sebab plan nak teng0k wayang cerita SKRIP 7707. Lagi seronok sebab tak payah susah2 naik bas buruk.huhu~

  • cerita SKRIP 7707 membuatkan AKU 'sakit hati'. Kenapa? Sebab jantung AKU berlanjutan berdegup kencang.
  • sepanjang berada di panggung, AKU dan F sentiasa berpegangan tangan kerana ketakutan dan 'sakit hati' menonton cerita yang ditayangkan.
  • H pula bila dah takut sangat, ada H menepuk bahu AKU, alamatnya degupan jantung AKU semakin berdegup kencang akibat keterkejutan. AKU yang duduk di antara F dan H menjadi mangsa mereka melepaskan ketakutan. Alamatnya, AKU menjadi semakin tidak keruan.hahaha

Tamat2 je tayangan, AKU dan F ke tandas. Rasa macam baru bangun tidur sebab macam nak tertanggal tudung AKU akibat 'berpelukan'.hik3. H, A dan Y menunggu kami ke kereta sahaja. Walaubagaimanapun,AKU dan F sampai ke kereta lebih awal daripada H + A +Y. AKU dan F memang awal. Kami tak suka buat orang lain tertunggu2..huhu

Perkara paling memalukan pada diri AKU petang itu ialah

  1. terpaksa menumpang kereta comel yang dipandu A @ abang kesayangan kepada H kini dengan lagak bergaya (memang kagum teng0k A bawa kereta. Berkeyakinan dan tenang)
  2. ketika tiba di depan taman perumahan dengan menaiki bas, setelah menceritakan tentang aktiviti harian AKU kepada ABG sejujurnya, ABG dengan slumbernya kata bahawa AKU tidak berbudi bahasa kerana menumpang kereta orang secara free (kecuali kereta ABG kot..). ABG siap bagi RM15 suruh bagi pada A kat kolej nanti.s0b3.
  3. malu pada diri sendiri sebab terlalu naif dan lalai dalam mengendalikan masalah yang sekecil itu selain tidak tahu kenapa AKU terlalu berat mulut untuk berkata2 dan berbual baik2 dengan A dan Y walaupun kami dah berkenalan lama.
  4. malu waktu mengenakan panggilan 'mama' dan 'abg' semasa menjawab telefon di dalam kereta.huh~

Walaubagaimanapun, hari yang indah bertemu rakan2 sekolah membebankan AKU dikemudian waktu. Bila dah suka2 pasti ada yang berduka. Selain kena marah dengan ABG, AKU turut kecewa akan sesuatu berita yang AKU pasti membawa kebahagiaan kepada orang lain. AKU cuba mengawal perasaan yang bergolak semasa menemani rakan2 menonton wayang walhal berasa amat sedih dan pedih di tikar sejadah malam itu. Panggilan ABG sewaktu di dalam kereta amat menyesakkan dada kerana AKU takut air mata yang tertahan2 ini bakal mengalir menampakkan kesedihan di hati. Alhamdulillah, semua masih dalam lipatan rahsia peribadi.

"..ya Allah, berikan aku kekuatan menghadapi dugaan dan musibah ini.."

* sekadar mengupdate blog..hik3

Jumaat, 5 Jun 2009

MENGAPA BERTERIAK..?

Assalamualaikum semua..


Sungguh, bulan Mei yang lepas aku agak sibuk. Almaklumlah, cuti 'h0neym0on' di rumah boleh dikatakan telah berakhir dek kerana aku telah mndaftarkan diri sebagai peserta Program Persediaan Universiti ataupun turut dikenali sebagai Program Pra-U pada 2 minggu yang lepas. Alhamdulillah, setelah mendapat 2 tawaran yang lebih baik, kini aku telah menarik penyertaan untuk terus melibatkan diri dalam program tersebut. Walaubagaimanapun, kehidupan 2 minggu sebagai peserta PPU aku nikmatinya dengan baik sekali.
Ya Allah, tiba2 rindu kat rakan2 PPU sesi 2009/2010..!
c u d ipt yup..?!

Hmm..kali ni aku nak kongsi sesuatu bersama kalian semua. Rindu sangat2 nak dengar kritikan mahupun komen membina daripada rakan2 sekalian. Semoga apa yang dikongsikan kali ini menberi manfaat pada kita semua, insyaallah..!
berdasarkan tajuk di atas :
Suatu hari sang guru bertanya kepada murid2nya ;
"...mengapa ketika seseorang sedang dalam keadaan marah, dia akan berbicara dengan kuat atau berteriak..?"

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab ;

"...kerana saat seperti itu dia telah kehilangan kesabaran lalu berteriak.."

Sang guru bertanya kemudiannya ;

"..tapi, bukankah lawan bicaranya justeru berada di sampingnya. Mengapa harus berteriak..? Apakah dia tak dapat berbicara secara halus..?"

Hampir semua murid telah memberikan sejumlah alasan yang dikira benar menurut pertimbangan mereka. Namun, tak satupun jawapan yang memuaskan.

Sang guru lalu berkata ;

"...ketika dua orang sedang berada dalam situasi kemarahan, jarak antara kedua2 hati mereka menjadi amat jauh walau secara fisik mereka begitu dekat. Kerana itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak. Namun anehnya, semakin keras mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di anatara keduanya pun menjadi lebih jauh lagi. Oleh yang demikian, mereka terpaksa berteriak lebih keras lagi.."


Sang guru melanjutkan bicaranya lagi ;

"...sebaliknya apa yang akan terjadi ketika dua orang saling menyayangi..? Mereka tak hanya tidak berteriak, namun ketika mereka berbicara suara yang keluar daripada mulut mereka begitu halus dan kecil. Sehalus apapun, keduanya bisa mendengarkannya dengan begitu jelas. Mengapa demikian..?"

Sang guru yang tidak putus2 bertanya tidak lekang memerhatikan gelagat murid2nya. Mereka nampak berfikir amat dalam namun tak satupun berani melontarkan buah fikiran mereka.

"...kerana, hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Pada akhirnya sepatah katapun tak perlu diucapkan.."

Sang guru menyambung bicaranya lagi ;

"...ketika kalian sedang dilanda kemarahan, janganlah hatimu menciptakan jarak. Lebih lagi hendaknya kalian tidak mengucapkan kata yang mendatangkan jarak antara kalian. Mungkin di saat seperti itu, tak mengucapkan kata2 mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kalian semua..".

Sang guru akhirnya menokhtahkan bicaranya dengan sebuah nasihat yang sangat berguna kepada semua muridnya. Kemudian, mereka berbalas senyuman.





Hmm..kini aku mengerti akan persoalan mengapa sepasang kekasih yang sarat dilamun cinta bergayut menerusi telefon dengan menggunakan suara yang halus dan perlahan mampu didengari antara sesama mereka..
hik3..




Selasa, 5 Mei 2009

aku d tag..!

assalamualaikum semua..

aku ditag oleh Nur Liyana (ciput), Ct Nur Hanna (nana), Alyaa Sakinah (lyaa), n Ct Hanisah (esah)..
walaup0n agak kemalasan nak p0st pape benda buat masa ni, aku mesti selesaikan hutang tag2 di0rang ni...
terima kasih la kat k0rang..kalau tak mesti lambat lagi aku nk update blog aku ni..

here it is..


the rules..

  1. c0py award di atas untuk diletakkan di blog anda.
  2. nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini.
  3. setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta / hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
  4. anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka.
  5. jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah ditag.

.................................................................................

5 fakta menarik tentang pemberi award ni.. =P

1. Ciput

  • waktu zaman sekolah d0lu2, payah nak kejut dia bangun tidur....kuang3
  • terbukti seorang yang 'cerah berseri' sekarang ni.. (pe rahsia..???)
  • adik-beradik dia semuanya p0mpuan..(menarik kah..??)
  • dalam kelembutan tetap punya pendirian..
  • prihatin..(suka beri semangat bila aku d0wn..!! sob3)

2. Nana

  • sabar..(tapi kadang2 tewas juga bila berhadapan dengan perkara2 yang melampau)
  • anak mak..(semua benda dia buat mesti rep0rt kat ibu dia) =P
  • minat benda2 yang berkaitan dengan Dato' Ct Nurhaliza..
  • wlup0n agak lasak, masih suka benda2 yang menampakkan feminin..(suka bergaya sakan sebenarnya cuma belum nak tunjuk je..)
  • kadang2 macam tak ada perasaan..(n0 k0men..!) =0

3. Lyaa

  • baik..(cuba membantu selagi terdaya, tq)
  • kalau jadi pemimpin, tegas..(tapi masih mementingkan kebaikan mereka yang dipimpin)
  • kadang2 tertidur di tempat2 + waktu2 yang tak disangka2..(memang x pelik la..! rajin study 2..s0e.)
  • suka bertanya kalau tak faham..(straight 2 e p0int la..bagus3.!!)
  • sentiasa semangat..

4. Esah

  • baik..(salu juga tolong aku leraikan kekusutan waktu aku buat +M3 - prep ptg d0lu2)
  • kalau cakap dengan dia tak sure dia dengar ke tak..(cmne 2..?)
  • susah nak marah..(tap kalau dah naik angin, abis la dunia! tak0oott~)
  • sabar..(mana tak nya, waktu nak spm d0lu2 aku suka lepak + buat sepah kat katil dia tap dia c0ol je..) *tapi mesti dalam hati menyirap kat aku kan..? jap3...marah syera juga au..rakan k0mplot aku 2..
  • suka tut..(....??) *saje nak timbulkan fitnah..hik3

* uit3..pemberi2 award ni saje kn tag2 org..? nk sur0 aku 'jual' k0rg ek..??..ish3

10 fakta / hobi diri sendiri.. =)

  • s0pan santun (k0nonnya 4 1st perception bg yg x knl aku) tap 'nakal'..
  • suka berdebat (tapi bukn debater) sekiranya tidak bersependapat / satu kepala dengan orang / perkara yang dibincangkan, nahas la k0rg!!
  • suka mengemas tapi paling benci nak memasak..( but i'll learn how 2 c0ok v.v. well for my special one s0on)
  • suka pada cabaran..(suka cari gad0 sbenarnya..!)
  • suka pada kekemasan..
  • suka jalan2, shopping2..
  • fashi0nable, high taste..(haa..ni 1 hal, kdg2 buat aku rimas! kbykn yg tahu klbhn aku ni jadikan aku perunding fashi0n kalau di0rang nak bergaya!) uit3..
  • love 2 eat m0re, m0re n m0re..
  • m0ody n em0tional..(tapi masih boleh dikawal la..!)
  • semp0i tapi cerewet..(cmne 2..?)

* cheewah~ mcm lum ckup je nk pr0mote diri ni..byk ag nk list sben0nye tap x pe la...bg sape2 nk knl aku tau nk tau bt0l ke karakter aku cam kat ats ni, j0m r kita kwn2..

10 penerima award n describe.. =) + =P

...........sape2 yang view..!!! buat jugak, tak kira..! bagi yang tak ada blog, buat la kat baju ke, kertas ke, atau kalau susah sangat, buat d0noh je..hik3................ tapi bagi yang sudi ngaku kalian antara pembaca tag ni, just tinggalkan k0men kat mane2 yang kalian suka suki... =)