Khamis, 3 Disember 2009

Sekadar Luahan...

Segala puji bagi Allah yang Maha Melihat lagi Maha Mendengar setiap gerak-geri semua hamba-Nya dan Maha Suci Allah yang menjadikan langit yang terang-benderang, bintang yang bergemerlapan, matahari yang bersinar dan bulan yang mendamaikan serta bumi yang memberi pelbagai nikmat. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w semerbak bunga yang sentiasa menyemarakkan bau wangi, hujan lebat yang sentiasa mengalir, orang-orang baik yang sentiasa bertemu, orang-orang salih yang sentiasa berpelukan serta seluruh keluarga para sahabat dan siapa sahaja yang berjalan di atas pertunjuk-Nya sehingga hari pembalasan (kiamat) kelak.

Sesungguhnya, aku meyakini tiada daya melainkan
dengan pertolongan-Nya..

Timbulnya derita di hatiku ini, saat ini, tiada siapa yang mengerti atau bisa mengubati melainkan dengan kehendak-Nya. Apalah daya diriku yang lemah ini untuk menghalang suratan ketentuan takdir. Kisah diri 'difitnah' oleh seseorang yang sangat2 aku hormati mencalarkan maruah diri dan keluarga yang aku cintai. Tidak dapat aku bayangkan sekiranya aku gagal mematahkan 'fitnah' yang nyata itu kelak. Sungguh, aku hampir tewas dalam ujian ini kerna diri ini benar2 rasa terhempap lagi dihimpap bahkan rasa tersepit dan dihimpit. Inilah bebanan yang maha berat pernah aku alami sepanjang kehidupanku bergelar seorang pelajar. Jujur, tidak terlintas di kotak fikiranku untuk melakukan perbuatan khianat tersebut. Hanya aku yang mengenali diriku dan aku yakin aku seorang yang mendiri.


Begini...

Pertemuanku dengan pihak A di bilik persendirian para pensyarah menemui jalan buntu buat diriku. Setelah pertemuan itu, baru ku tahu akan maksud 'fitnah' atau tuduhan yang dilemparkan kerna ketika tuduhan dilakukan kepada diriku, aku sedang menjalani peperiksaan di dewan peperiksaan. Mungkin, pabila kufikirkan kembali, diri ini terlalu cuai sehingga layak menerima tuduhan yang kurang atau sangat2 tidak berasas tersebut. S
aat itu, terlalu murah harga setitis air mata kutumpahkan menuruni wajah remajaku.
Pertemuan yang sia2..



Ditakdirkan...

Tuduhan dilemparkan ketika aku sedang khusyuk + tekun + sabar + teruja menjawab kertas peperiksaan kedua akhir di semester pertama yakni kertas soalan FIZIK. Ketenangan pagi yang teramat sebelum peperiksaan yang aku rasai menuntut tebusan yang
mahal untuk aku bayar sepanjang bergelar seorang pelajar. Tidak aku sangka kebahagiaan hari2 lalu bisa diragut oleh-Nya dalam sekelip mata sahaja. Sungguh, aku belum siap diuji sekali lagi. Bagaimana harus aku hadapi rintangan kehidupan yang bertali arus memasuki kotak dan neraca kehidupan kecilku..?
Aku hanya insan biasa. Aku juga seperti kalian. Aku juga punya naluri insan yang menginginkan kebahagiaan dan kesempurnaan walaupun diketahui pasti bukan milik kita yang hakiki. Mungkin kalian tidak bisa membayangkan keadaan diriku yang sedang menjawab kertas soalan dalam keadaan berjujuraian air mata...hilanglah f0kus jawapannya.


Kesedihan yang melampau...


Aku yang kononnya dikenali sebagai 'n0 problem' kerna punyai 'banyak akal' dalam menghadapi apa2 konflik dalam kalangan teman2 kampusku akhirnya dengan sendirinya mengalah ketika aku ditimpa permasalahan ini. Tekad untuk tidak mengalirkan mutiara2 jernih di pipi pada benda2 yang tidak pasti telah kumungkiri. Aku sedar, aku tidak kuat menghadapi pertuduhan itu walaupun bukan berpunca dari diriku semata-mata. Sesungguhnya aku benar2 dilanda kemurungan dan tekanan jiwa yang melampau dan akhirnya aku sedar bahawa diri ini juga mengalami kesedihan yang terlampau2. Jarak dua hari sebelum kami, para pelajar diploma sains, menduduki kertas soalan peperiksaan akhir semester satu yakni kertas soalan KIMIA, tidak aku penuhi dengan inf02 tambahan. Sehari suntuk menangisi nasib yang menimpa diri membuatkan kepalaku berat, pening dan pitam serta lesu yang teramat menyebabkan aku dinasihati untuk meneruskan sahaja istirehat. Mujur hari yang berikutnya aku diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan. Itupun setelah aku diingatkan oleh teman2 dan kakak kesayanganku, Nuradilla bt Idris, untuk tidak mensia2kan waktu. Katanya, perkara yang lepas, biarkan ia berlalu, hari yang mendatang hadapi dengan sabar dan tabah. Jangan biarkan diri menjadi seperti perempumaan ini : yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran.
Kini, aku kembali bersemangat untuk menghadapi 'fitnah' itu dengan berlapang dada.


Hasil perbicaraan...

15hb Nov sebenarnya tarikh permulaan cuti semesterku. Tapi aku terpaksa menangguhkannya beberapa hari kerna aku akan kembali lagi yakni ke bilik mesyuarat bahagian pentadbiran kampus pada 18hb Nov untuk perbicaraan. Dipendekkan cerita, ramai pelajar yang hadir gagal memberikan hujah2 yang mantap untuk 'clean
up' nama mereka. Dan hasilnya, hanya 2 orang sahaja yang dapat berkecuali dengan denda yang pasti dan yang selebihnya tetap ditakrifkan bersalah walaupun ada dikalangan kami yang benar2 tidak bersalah seperti diriku dan se0rang pelajar perempuan peringkat pra diploma yang tidak kurang mantapnya menghurai dan melebarkan bicara menentang pertuduhan. Kata salah se0rang ibu kepada pelajar yang disabitkan kesalahan sepertiku, agak sukar bagi pelajar memenangi kes sebegitu di peringkat universiti ini. Mungkin pihak atasan lebih mempercayai barisan pensyarah mereka dan tiada sebab untuk mencurigai barisan tenaga pendidik. Hal ini berdasarkan pengalaman mak cik itu sendiri yang juga sebahagian warga sebuah universiti di Johor.


Kesudahan...

Walaupun diriku telah mengangkat sumpah mengaku akan berkata benar melainkan yang benar2 belaka, aku tetap juga tidak bisa lepas dari 'fitnah' dan pertuduhan tersebut selepas usai perbicaraan. Rayuanku juga tidak berpihak pada diriku. Kesimpulannya, aku masih belum 'bebas' dari pertuduhan tersebut. Apakan daya, mungkin belum tiba masanya untuk aku mengangkat piala kemenangan waktu ini. Selanjutnya, aku tetap dan akan memperjuangkan hak diriku sebagai mereka yang tidak bersalah dan hak sebagai m
ereka yang teraniaya serta hak sebagai pelajar yang diberi peluang bersuara walaupun aku ketahui bahawa peluang untukku menang sangat tipis dan terpaksa menembokkan mukaku pada pihak2 yang memandang serong kepada golongan kami. Sebagai antara bakal2 komander, peneraju kelicinan pengurusan universiti dan antara MPP, diri ini perlu berani menegakkan keadilan sebagai contoh kepada rakan2 seperjuangan. Diri ini tidak akan membenarkan mereka2 yang lain mempertikaikan keberanianku dan rakan2 seangkatan dalam tampuk kepimpinan kami, insyaallah.


Harapan...


Semoga diberi kesempatan menjadi golongan yang berani menegakkan keadilan supaya dapat merasai nikmat kemanisan perjuangan sebenar. Doa dari kalian2 semua buat diri ini dan sahabat2 lain yang tidak bersalah sangat2lah dihara
pkan kerna perjuangan ini bukanlah sekadar suka2 bahkan setiap seorang daripada kami ini masih bertanggungjawab membawa maruah diri, keluarga, bangsa kita, negara kita dan yang paling penting sekali ialah maruah agama Islam kita. Sesungguhnya, tidak mahu diri ini menjadi 'fitnah' buat agama tercinta. Terlalu berat d0sanya. Walau apapun, diri ini bersyukur kerna diberi peluang marasai pelbagai nikmat kehidupan. Alhamdulillah..moga diri ini sentiasa mensyukuri nikmat dari-Nya.


Pers0alan berbangkit...


Wajarkah diri ini membuka aib orang yang sangat2 dikagumi @ pendidik @ guru kita sendiri dengan alasan untuk membuktikan yang kita tidak bersalah..?
Jika tidak wajar dilakukan, apakah jalan terbaik yang boleh diambil...?


* [pandangan kalian semua sangat2lah dialu2kan, diperlukan, dan diharapka
n..]


Penghargaan...


Kepada rakan2 serumahku, Aida Awanis, Noor Farahanim dan
Noor Hafiza, rakan2 terdekat, Noruzanita, Wan Nurfarhanis dan Mona Nadia, beberapa rakan2 dan seni0r2 ex-SBPIS seperti Hanis Harleeza [antara rakan yang menemaniku ke kampus di hari ke-2 untuk menuntut keadilan - terima kasih, nis..!!] dan yang sewaktu dengannya, teman2 GENG 9, ex-fasilitator, dan rakan2 seperjuangan yang mengetahui tentang perkara dan hal ini, diri ini hanya bisa mengucapkan terima kasih atas kesudian kalian membantu diri ini baik dengan memberikan nasihat, membantu menguruskan diriku sewaktu diriku tidak terurus, membantu diri menghadapi kertas peperiksaan akhir (study gr0up), pelaksanaan aktiviti2 outd0ors bagi mencari ketenangan fikiran (GENG 9), dan apa2 perihal lain yang sama waktu dengannya, diri ini hendak memberitahu bahawa pengorbanan kalian2 semua sangat3 diri ini hargai. Kehadiran kalian2 dalam percaturan ini membuatkan diri ini tidak berasa kesorangan dalam perjuangan. Semangat yang kalian lahirkan memberi kekuatan pada diri ini di waktu perbicaraan kes itu, sungguh..!!! Hanya Allah sahaja yang mampu membalas kebaikan yang kalian lakukan. Insyaallah, diri ini akan berjuang sehingga beroleh kemenangan. Doa kalian sebagai jaminan pelengkap perjuangan. Pada kakakku, Nuradilla bt Idris dan seluruh ahli keluargaku yang aku cintai, kalianlah juga pemangkin diri ini untuk meneruskan perjuangan. Diri ini tahu terlalu berat untuk kalian juga hadapi permasalahan ahli keluargamu ini, tapi fahamilah, berat lagi bahu ini memikul bebanan tersebut. Ketahuilah al0ng, bahawa along adalah kakak terbaik yang pernah diri ini miliki. Jasa dan budi baikmu tidak dapat diri ini balas melainkan berusaha menjadi seorang adik yang boleh along banggakan, mudah2an, insyaallah.


rakan2 serumahku : eda, anim, fieza n asyi



rakan ex-sbpis (menemaniku ke kampus, 16/11/09 - kha.) menunjukkan pas pelawat :
hanis harleeza
[ sebenarnya, hanis juga kena usha oleh 'seseorang' di kampusku..he2 ]



rakan2 terdekat : zanita, mona, anis, dan asyi


TERIMA KASIH SANGAT2 KORANG,
JASAMU DIKENANG..!! =')





Pesanan pada mereka2 yang berkaitan..
  • GENG 9 : diri ini sangat2 menghargai hubungan persahabatan yang baru terjalin. Selagi termampu rasanya tidak salah diri ini berusaha membantu. Insyaallah, sekiranya telah mendapat jawapan yang pasti dari mereka2 yang lebih arif, diri ini akan segera menghubungi kalian. Tetapi, janganlah terlalu mengharap sangat, takut tidak mampu diri ini berikan jawapan yang kalian harapkan. Pasal kita 'usha2 orang2 + on9' tu, diri ini maafkan. Diri ini tahu yang kalian hanya bergurau. Bukankah tuan punya badan juga mengirimkan 'SMILE' untuk kita semua...? he2... Teruskan mengikuti penulisan2 di blog2 kami. Semoga sama2 dapat memberi manfaat.
  • Fasilitator outd0ors aktiviti (tak bertauliah sebenarnya, he2..kantoi2..!!) : Terima kasih atas perkhidmatan komputer riba dan br0adband. Sungguh bermanfaat buat diri dan GENG 9. Jujur, terlalu bermakna malam terakhir itu.
  • Sis A dan Bro H : semoga penjelasan tentang berkahwin muda dan soal lamaran dari kenalan2 diri ini dalam hidup kalian dapat membantu untuk kalian membuat keputusan. Diri ini mendoakan yang terbaik dalam kehidupan kalian. Sekiranya 'majlis' tersebut bakal dilaksanakan, jangan lupa menjemput diri ini di melaka. Huhu~
  • Rakan2 baru : diri ini bukan sombong untuk 'melayani' kalian, tetapi diri ini masih punya masalah yang memerlukan sebahagian tumpuan. Diharap entry kali ini dapat menjawab persoalan kalian selama ini. Sekiranya berkesempatan, insyaallah diri ini akan segera membalas e-mel2 kalian.
  • ex-rakan rapat @ baik @ sewaktu dengannya : diri ini hanya manusia biasa. Punya hati dan perasaan yang tidak bisa dipaksa2. Ketahuilah, bukan niat sebenar diri ini bertindak 'kejam' menjadikan YM ku 'permanently on9' pada sesetengah kenalan atas desakan hati yang belum mampu menghadapi kerenah kehidupan lampau. Masalah2 yang bertali arus membataskan tindakan. Jujur, diri ini gembira dan senang kerna masih dihargai. Usaha yang berterusan pasti mendapat ganjaran yang baik kan....?


Apapun yang boleh dikatakan di sini, diri ini bukan mengharap belas kasihan pada mereka yang mengetahui akan hal ini. Cukuplah sekadar diri ini berkongsi. Diharapkan, kisah ini juga dapat memberi pengajaran pada kalian dalam mengharungi kerenah kehidupan. Mungkin inilah dugaan yang harus diri ini hadapi sebelum melangkah ke alam pekerjaaan yang menjanjikan pelbagai ragam manusia kerna diri ini meyakini ini merupakan warna-warni suka duka kehidupan. Yang pasti, pengajaran di sini, sebagai seorang Islam, kalian wajar menegakkan keadilan lebih2 lagi sekiranya ia melibatkan soal maruah. Ingatlah, semua diantara kita punyai tanggungjawab pada diri sendiri, keluarga, bangsa, negara dan yang jelas pada agama Islam tercinta kerna diri kita sebenarnya, sedar atau tidak menjaja maruah itu semua. Hindarilah diri kalian daripada menjadi individu penyumbang ke arah bahan fitnah pada agama terutamanya.

Sama2lah sentiasa mengingatkan...






8 ulasan:

puteri berkata...

sangat bersimpati padamu wahai sahabat..
teman di sini mendoakan yang terbaik buat sahabat di sana.
berjuanglah demi 'maruah2 kita' selagi terdaya..

puteri berkata...

teman akan kembali lagi sekiranya punyai jawapn tentang 'membuka keaiban' orang itu..insyaallah.

Hanis berkata...

uit2...ak kne usha??
haha
baruku teringt/...
haha~!!
paperhal yg jdi..
bgtau aku ar...!!
^_^
doakn kejayaan kter besme..
jgn path semngt~!!

K.A.M.I berkata...

salam asyi..
bg kt0rg sume, k0 wajar je 'bukak' aib sape2 dgn niat nak pertahankan dri n menegakkan kbnrn..
kt0rg rase k0 t'lalu 'baik' utk pk psl owg len sdgkn dri k0 n nseb k0 l0m pasti cne..
jgn men2 asyi..k0 dh ke prgkt u au..
lau pape jadi t k0 jgk y sush..
gerun kt0rg dgr wkt k0 cte 2..

tap caye r..pst de hikmah..
k0 patut bgga jad hambaNya yg t'pilih merasai pelbagai nikmat hdup..
sbnrnye, k0 msh x sdr y k0 layak menerima sume dugaan ni sbb k0 mmg 'kuat'...
x sume owg dpt ade kat tmpt k0..

pe y ptg skrg, k0 fokus n cri jln t'bek 4 dri k0..
kt0rg doakn yang bek2 utk k0..
ko x sowg2 asyi..
kt0rg myb x mmpu nk bn2 k0 trg2 sbb hnya dri k0 y mmpu tmtkn sume p'mainan dunia ni..
k0 pasti boleh lakukan..
kt0rg sntsa d0akn..
tabahlah hdpi dugaan ni..
kt0rg taw berat..
tap lau x cube, k0 x kn taw kemampuan k0..

hm..thankz a lot ats p'hrgaan k0 pd kt0rg sume..
x sgke dpt mencapap name2 kt0rg kat blog k0..
hehehe
teruja sgt2 rasenye.. =D

bg pihak geng kite, ak mintak maaf ats ketelanjuran kt0rg mse chat ngn knln2 k0 kat ym..
kt0rg x taw pulak yg s0wg 2 senior x-sekolah k0..
la..abaikan je la asyi..
ak rse dy maafkan k0 la..
x de pape nak dimalukn..
dy cm sp0rting je..
b'tuah k0... ;P
nga3

klo ko x de pape ngn dy, kac r ak can..
mne tau dy bole bimbing ak ke jln yg ak cri selama nih..huhu~
x slh kn...????
haha

sis n br0 kem slm...
diorg kate smpikan ucpn terima kasih byk2 kat senior ko 2..
diorg kate,wlupn dy bukn sape2, tap dy sbnrnye punyai byk ilmu...
tap bg ak, merendah dri sgt la dy 2..baik budi bhs dy..
mst k0 salu smbg2 ngn dy ek..???
haha..
pe senyum2...kantoiiii...!!!!

uit..
hrp dpt post komen ni..
asl sush sgt nk hntr komen ni..
bapak teperinci...
x phm ak..

k r...
dh cm 2lis surt cintan pulak kat k0..
kang abih ak kne blasah ngn balakz ak 2..
t sng2 kte calling2 yerk..??!!
syg awk..rindu awk..tap cintan kat balakz ak jgk...
hehe

Ayin berkata...

salam asyi..
sehat?sory..baru dengar tentang kisah terbaru nih..
harapnye ko tetap tabah..

mungkin senang bagi mulut ni berkata-kata,
sedangkan kau yang menghadapinya..
tapi ketahuilah..
dengan izin Allah..
kebenaran itu tak akan tertutup dengan kebatilan selamanya..

sedih dgr cter kau..
aku harap sangt kau kuat..
sepertimane slame ni..
smoga kembali tenang..

~yang berdoa dari jauh~ (T_T)

bintu fatimah berkata...

asyi!
kuatkn smgt!
ak taw ko sorang yg kuat!
cyaiyok2!
:)

puteri berkata...

kmbali lg..huhu

nway, teman tlh meng0takan janji dgn kembali lg..
teman lum punye jwpn 4 s0klan shbt e2..maafkan teman..
cme, teman punyai pndgn sndri utk b'kgsi..

spt d mhkmh, keaiban pesalah2 'dibuka' bagi menegakkan yang hak..
jadi tk salah rasenye lau teman kate sahabat boleh meneruskan plan asl 2 bg menegakkan kbnrn...
ttpi..lakukanlah secara baik n tk keterlaluan.
klu x cne shbt nk tgkkn bnde yg bnr..

apepun, sume b'gntungpd keadaan..
jk t'lalu mendesak, teman rase tk salah..

teman bukanlah sape2, teman sarankan sahaja pkra ni..selebihnya teman hrp shbt dpt temui jwpn y lbh baek dr mereka2 yg b'hak m'beri jwpn..

but, truskan p'juangan..jgn cpt give up k..

salam..

asyi berkata...

salam sumenye...
tq sgt2 pd y prihatin..sgt2 x sgke sbnrnye..
alhamdulillah, beruntung sgguh diri ini masih dikurniakn shbt2 spt kalian2..

t0 puteri :
sapekah anda..? adkh kite saling mengenali..?
wluapepun, tq ats saranan saudari.. insyaallah,mudh2n asyi dpt wt p'tmbgn dgn bek..

t0 Hanis :
akn x igt kne usha ngn abg guard...???
jgn men2 au..sush nk cri abg guard y ensem cm2..nk dpt kat kampus ak je au..hik3
btw, tq nis...
malu ak ngn k0 sbnrnye..
tap bgga jgk punye shbt cam k0..sungguh..!!

t0 K.A.M.I :
wei..x sush p0n nk p0st k0men..
k0rg je byk kerenah..
btw, psl seni0r ak 2, it's ok...
alhamdulillah, beliau x amik hat..
kot la...he2..mne la ak tau..
k0rg p la mntk maap kat dy..
suke suki je k0rg gune ym ak ari2..x s0pan t0l la k0rg nih..
stu penipuan nih..haha
mmg beliau bukn ustaz, tap ilmu beliau ak sgt2 kagumi..
meh ak kgsi sket...
wkt ak sek dolu2, ak jad 'lemah' t0l ble beliau bg ceramah ke pape..
trus hat ak t'bukak abih..
mmg b'kesan la...tap 2 x b'erti pape au..he2
mmg beliau slh stu tmpt y suke ak sggh lau sush n sng sbb beliau 'co0l' je...
cam cth aritu la..x g2..?
penulisan kat blog beliau pn mnarik sbb 2 ak hebahkn kat k0rg..sng2 k0rg p la jengah..
mg dpt same2 b'kgsi mnfaat..
k0rg lau nk bknln ngn beliau x slh..tap tlg sgt2 jgn gne nme ak k..?? malu ak...
sis n br0..?? haha nmpknye b'kesan sggh nsihat 'ustaz' ak 2..
mg di0rg bahagia..
k0 ngn balakz k0 2 pe ke hal..?
jgn salu b'kepit je..
l0m de ikatan..byk d0se je..o0ppss..!!

t0 liyana :
tq cip..x sgke k0 amik brt kat ak ag..gndu nk dgr nsihat2 dr ko..

t0 nisa@esah :
tq esah..mg ak salu tbh hdpi dugaanNya..d0akn ak..