Sabtu, 18 Julai 2009

Kisah AKU + 6 Huruf..

petunjuk :
H, R, F, S .....adalah perempuan Y, A .....adalah lelaki


AKU + R

  • memang tidak disengajakan pertemuan kami semasa hari jumaat di depan kedai siswa kolej kami. Pertemuan yang singkat bersama R dimeterai dengan janji untuk pulang bercuti ke rumah bersama pada keesokan harinya pada hari sabtu, 18hb Julai.

AKU + H

  • ketika berhasrat pulang menemui keluarga tercinta, tiba2 H bertanyakan AKU tentang kepulangan AKU. Pendek cerita, kerana H ingin meminjam nota matematik yang diberikan kepada AKU semasa H berhasrat meninggalkan kolej untuk meneruskan perjuangan kerana mendapat tawaran yang lebih menarik, SPA. Jadi terpaksalah AKU mengehadkan barang2 untuk dibawa pulang ke rumah. Mungkin, dengan gaya bahasa SMS, H berhasrat mendapatkan nota tersebut setibanya AKU di MC kelak.

AKU + F

  • di dalam bas menuju ke Melaka Sentral, baru AKU sedari bahawa R masih belum mengetahui akan kewujudan kiosk milik ibu F. AKU berhasrat untuk melakukan kejutan buat F dengan kehadiran R. Jadi, AKU telah memastikan koordinat yang tepat keberadaan F melalui beberapa SMS. [rancangan ini mungkin akan berjaya : 1 kejutan yang tidak seberapa buat F]

setibanya AKU + R di MC...

AKU + R + F + H

  • AKU menelefon H menetapkan tempat yang sesuai untuk bertemu sekaligus memberikan nota yang diingini. Perjumpaan di depan kedai roti di MC sekaligus menemukan R bersama H. Pada masa yang sama, Aku agak kehairanan dengan kehadiran H yang begitu cepat. Lagi kaget pabila mengetahui kedatangan H bersama A dan Y dengan sebuah kereta c0mel. Sungguh tidak disangka AKU ditakdirkan bertemu lagi dengan A dan Y.

Jadi, sekarang AKU berjaya kumpulkan lebih ramai orang untuk surprisekan F di KFC Tesco. Sekarang, plan AKU yang kecil dah jadi makin besar.

AKU + R + H + A + Y

  • kami berjalan melalui jejambat ke Tesco untuk temui F.
  • untuk kejutan, AKU sampai dahulu di KFC menyergah
  • Rupanya, S turut hadir dalam plan surprise F untuk AKU. Tapi, AKU tak heran sangat sebab ramai lagi pelakon tambahan yang akan hadir untuk surprisekan F sekaligus S.
  • pertemuan kami menjanjikan plan yang akan memisahkan R dan S.
  • S tidak mendapat kebenaran ibu, R pula akan menghadapi masalah pengangkutan jika mengikuti plan yang dirancang walhal tidak terancang.
  • AKU pula agak keberatan untuk menyetai kumpulan H + A + Y sebab AKU berasa kurang senang. F pula ingin menyertai mereka sekiranya AKU turut serta.
  • melalui pandangan S, AKU dan F wajar menemani H kerana tidak manis H seorang sahaja dengan A + Y tanpa ditemani.
  • melalui pandangan ABG, ABG tidak bersetuju sekiranya AKU kacau daun.

Akhirnya, setelah selesai sessi pujuk memujuk, AKU + F + H + A + Y menaiki kereta c0mel ke Melaka Mall. Seronok sangat sebab plan nak teng0k wayang cerita SKRIP 7707. Lagi seronok sebab tak payah susah2 naik bas buruk.huhu~

  • cerita SKRIP 7707 membuatkan AKU 'sakit hati'. Kenapa? Sebab jantung AKU berlanjutan berdegup kencang.
  • sepanjang berada di panggung, AKU dan F sentiasa berpegangan tangan kerana ketakutan dan 'sakit hati' menonton cerita yang ditayangkan.
  • H pula bila dah takut sangat, ada H menepuk bahu AKU, alamatnya degupan jantung AKU semakin berdegup kencang akibat keterkejutan. AKU yang duduk di antara F dan H menjadi mangsa mereka melepaskan ketakutan. Alamatnya, AKU menjadi semakin tidak keruan.hahaha

Tamat2 je tayangan, AKU dan F ke tandas. Rasa macam baru bangun tidur sebab macam nak tertanggal tudung AKU akibat 'berpelukan'.hik3. H, A dan Y menunggu kami ke kereta sahaja. Walaubagaimanapun,AKU dan F sampai ke kereta lebih awal daripada H + A +Y. AKU dan F memang awal. Kami tak suka buat orang lain tertunggu2..huhu

Perkara paling memalukan pada diri AKU petang itu ialah

  1. terpaksa menumpang kereta comel yang dipandu A @ abang kesayangan kepada H kini dengan lagak bergaya (memang kagum teng0k A bawa kereta. Berkeyakinan dan tenang)
  2. ketika tiba di depan taman perumahan dengan menaiki bas, setelah menceritakan tentang aktiviti harian AKU kepada ABG sejujurnya, ABG dengan slumbernya kata bahawa AKU tidak berbudi bahasa kerana menumpang kereta orang secara free (kecuali kereta ABG kot..). ABG siap bagi RM15 suruh bagi pada A kat kolej nanti.s0b3.
  3. malu pada diri sendiri sebab terlalu naif dan lalai dalam mengendalikan masalah yang sekecil itu selain tidak tahu kenapa AKU terlalu berat mulut untuk berkata2 dan berbual baik2 dengan A dan Y walaupun kami dah berkenalan lama.
  4. malu waktu mengenakan panggilan 'mama' dan 'abg' semasa menjawab telefon di dalam kereta.huh~

Walaubagaimanapun, hari yang indah bertemu rakan2 sekolah membebankan AKU dikemudian waktu. Bila dah suka2 pasti ada yang berduka. Selain kena marah dengan ABG, AKU turut kecewa akan sesuatu berita yang AKU pasti membawa kebahagiaan kepada orang lain. AKU cuba mengawal perasaan yang bergolak semasa menemani rakan2 menonton wayang walhal berasa amat sedih dan pedih di tikar sejadah malam itu. Panggilan ABG sewaktu di dalam kereta amat menyesakkan dada kerana AKU takut air mata yang tertahan2 ini bakal mengalir menampakkan kesedihan di hati. Alhamdulillah, semua masih dalam lipatan rahsia peribadi.

"..ya Allah, berikan aku kekuatan menghadapi dugaan dan musibah ini.."

* sekadar mengupdate blog..hik3

0 ulasan: