Sabtu, 29 Ogos 2009

Salam Ramadhan 1430H

Assalamualaikum semua..


Alhamdulillah, cuti merdeka kali ini dapatlah aku pulang ke kediaman terindah bertemu keluarga tercinta. Sebulan tak jenguk rumah rasa tak senang duduk.he2
Rindu rasanya hati ini nak 'sembang2' k0ngsi cerita2 dalam kehidupan kat k0rang semua. Hampir 5 minggu tak dapat nak update blog jadi makin bersawang2lah blog aku yang sedia bersawang2 ni.
Sebenarnya, bukannya aku malas nak update, cum
a maha sibuk dari minggu ke minggu dengan kuiz2 dan test2 bagi subjek2 yang aku ambil. Lagi pula, bukannya tak nak curi sedikit masa, tapi jadi 'pencuri' ni berdosa hukumnya disisi agama.ha2
Sebenarnya kampus cawangan kami baru sahaja tahun ini berpindah ke kampus baharu, jadi banyak kemudahan2 yang masih belum dapat disediakan. WiFi pun belum nak ada lagi. Nak guna br0adband pun susah; lembab gile; susah nak dapat line kat hutan rimba ni. Nak cari siaran radio pun sampai sekarang aku tak dapat lagi; dah sebulan aku kat sana. Hanya pelosok2 tertentu sahaja yang dapat. Line telef0n pun tak usahlah nak cerita, pandai2lah nak hidup..!!

Semalam, aku bertolak dari kampus dalam pukul 9 pagi untuk pulang ke rumah di melaka, kira ni lah bas yang paling awal disediakan bagi pelajar. Alhamdulillah, setelah berebut2 dapatlah aku menjejakkan kaki ke dalam bas. Sedih juga kalau aku kena naik trip kedua. Sedangkan hari jumaat petang sebelumnya aku dah plan nak pulang tapi tak kesampaian sebab k0kurikulum tamat agak lewat petang. Perjalanan ke melaka agak kelamaan sedikit sebab aku dan rakan2 nak save bajet dengan naik 'bas lompat2' dari naik bas express. Aku tiba di rumah dalam pukul 12 lebih. Setelah bersalaman dengan setiap ahli keluarga kecuali mama (sebab mama tak ada kat rumah), terus aku paksakan diri untuk 0nline sekejap walaupun agak tidak bermaya. Tapi paham2 sajalah, kalau dah duduk depan komputer, berjam2 pun susah nak kata penat.he2

Dalam pukul 5 kot baharu aku sedar mama dah pulang dan bersedia nak sediakan hidangan berbuka puasa, along pun dah bangun dari tidur nak tolong mama kat dapur. Cepat2 aku tutup komputer, jengah ke dapur sekejap; salam mama dan solat asar. Walaupun saki-baki kepenatan belum hilang, aku meringankan diri dan tangan memb
antu mama dan al0ng. Rindu nak manja2 dengan di0rang; ni lah masanya..!! hik3
Juadah petang ini agak sederhana, tapi semuanya berselera menikmati juadah semasa waktu berbuka. Senang hati aku dapat juga rasa masakan mama di bulan Ramadhan ni buat kali pertama. Kalau kat kampus, aku makan ala kadar saja, asal perut tak bunyi2 buat lagu keroncong, dah alhamdulillah. Kesimpulannya, memang seron0k dapat berbuka dan bersahur bersama keluarga.

Daripada pengamatan aku yang tak bertauliah ni, semua orang yang n0rmal akan bergembira sekiranya berkumpul bersama keluarga. Ini berdas
arkan entry2 rakan2 blog lain yang menyatakan diri gembira untuk pulang ke rumah lebih2 lagi untuk menikmati masakan ibunda tercinta. Wah..!! Memang sungguh hebat dan 'p0wer' sentuhan air tangan ibunda kita. Oleh itu, sebelum menikmati masakan ibunda kita, mintalah kebenaran dan jangan lupa berikanlah penghargaan kepada mereka. Semoga dengan penghargaan yang dipamerkan oleh si anak memberi suntikan yang lebih tinggi untuk ibu kita menyediakan makanan yang lebih lazat buat keluarga.he3

"...terima kasih, mama..nanti masak s0dap2 agi ek..?!..sayang mama.."




Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan" kepada keluarga kembanganku;
abah, mama, al0ng, arif, adik, saudara-maraku; keluarga mak l0ng, keluarga mak lang; keluarga mak cik, keluarga mak teh, keluarga mak dik, rakan2, pengunjung @ pembaca blogku dan seluruh umat islam sekalian. Semoga Ramadhan tahun ini memberi kesempatan untuk kita meningkatkan lagi amal ibadah, insyaallah.




Tetiba teringat beberapa ucapan Ramadhan daripada mereka yang sudi memberi ucapan buat diri ini sebagai renungan, jadi tak salah rasanya kalau aku ingin berk0ngsi ucapan ini kepada kalian semua. Kira aku kasi ucapan kat k0rang la ni..he2

Ramadhan Al-Mubarak
"...awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah dan penghujungnya pembebasan dari api neraka. Sem0ga Ramadhan kali ini membawa seribu satu keberkatan.."


Ahlan wasahlan ya Ramadhan..

So, j0m kita semua lumba2 men'delete' d0sa2 lalu, 'topup'kan iman dalam diri n cepat2 'redeem' pahala sebanyak mungkin..!!







3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

suka baca entry ni..
tq utk ucpn ramadhan ek cik asyi..!!
h0pe awk salu dlm rahmat n ksh syg-Nya..

Najib Daud berkata...

jom jom!
insyaAllah
mari luputkn dosa,
btw,
hppy ramadhan!
slmat merdeka!

bintu fatimah berkata...

ramadan kareem..:)

menarik sggh prktaan delete dosa 2...
moge2 ramdhan kali ni bawa erti yg besar buat kita..

asy..ble kita dpt jumpa lg ni??
miss u!!