Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...
".......setelah kamu berusaha, hendaklah kamu bertawakkal kepada ALLAH....."
Lama Asyi tak menjengah laman sosial ni bercerita dan berk0ngsi sesuatu. Rindu rasanya untuk dikritik, dileteri, dinasihati, dikasihi, dibelai, berkasih sayang dan bermadu kasih dengan kalian semua. Adakah kalian masih disisi Asyi?
Kali ni, Asyi nak berkongsi pengalaman pertama menderma darah. Pasti yang mengenali diri ini secara dekat terutamanya mengetahui kelemahan diri ini untuk 'menilik' darah. Ha2.. Tukarlah pandangan kalian. Asyi sekarang dah tak macam dulu. Mungkin sifat berani dapat mengatasi kelemahan diri, alhamdulillah, Asyi diberi peluang oleh-Nya untuk melakukan amal kebajikan. Kepuasan yang tak dapat digambarkan.
Sebenarnya, tak semua orang layak untuk menderma. Terdapat beberapa syarat bagi yang ingin menderma, antaranya, berat badan hendaklah melebihi 45kg, tidak berada dalam keadaan keuzuran ( bagi perempuan ), cukup atau melebihi 6 bulan bertindik dan syarat2 layak yang lain. Tambahan, kekurangan 'haemoglobin' dalam darah turut membantutkan kalian untuk menjadi seorang penderma. Alangkah sedihnya rakanku, Noruzaniata bt Abd Razak, yang mengalami masalah sebegini. Sabarlah Zan, cuba lagi ya tahun depan.
Pada tanggal 20hb Oktober, bertempat di Foyer Bangunan Pentadbiran UiTM, Asyi telah menderma darah ke Tabung Darah Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah yang telah datang ke kampus kami. Ramai pelajar UiTM yang berhati mulia bersedia untuk menjadi penderma termasuklah YDP kami, Ammar Syafiq bin Muslim, yang mendahului para pelajar lain. Walaubagaimanapun, ada juga para pelajar yang berniat untuk menderma tetapi 'takut' untuk 'dicucuk' jarum seperti Class Representative Asyi, Wan Najib Hilman bin Mohd Jaya dan Penolong Class Representative Asyi, Wan Nurfarhanis bt W Ruhaizi. Ha2...Memang sepadan sangatlah dua orang tu.. (..s0e ek najib, anis, aku saje je nk fitnah k0rang..)
Tapi, pendek kata, sambutan yang diberikan pada hari tu memang memberansangkan.
Jenis darah Asyi O+ tau...he2
Tahukah kalian keistimewa rawatan penderma darah bagi kali pertama yang boleh Asyi terima? Kelebihannya, Asyi mendapat rawatan percuma pesakit luar dan rawatan perubatan ( tidak termasuk bayaran X-Ray dan pembedahan) dan wad kelas kedua untuk tempoh 4 bulan. Apa yang lebih menguntungkan, keistimewaan rawatan semakin bertambah mengikut kekerapan kalian menderma seperti yang terdapat dalam Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di belakang Sijil Perkhidmatan Pemindahan Darah Kebangsaan @ National Blood Transfusion Service yang kalian dapat sewaktu menderma darah. Diingatkan di sini, dermalah darah kalian sebagai suatu kewajipan membantu mereka yang memerlukan dan ikhlas kerana ALLAH S.W.T. Bagi yang tidak berkemampuan untuk menderma, janganlah kalian bersedih hati, bermuram durja menangisi nasib diri. Rebutlah peluang melakukan amal kebajikan yang lain.
3 ulasan:
ai..
bru dpt luangkn mse kat cni..
x sgka n brani jgk ek u nk drma2 drh ni..
btw, x jejaskn kshtn u ke..?
gndu nk smbg2 ngn u..
npe x agkt f0n..dh byk kli i calling2 u...
plez..need u..
asy..
gndu kam0o ma..
k0 kat ne skrg..?
x gtau de bl0g..
sng x nk wt..?
tringin la pulak..!!
wei id ak kat ym au..
t0 aku :
hi...!!
drma drh x de mlampau sgt smpi leh jejas kshtn..
myb leh jad ag chat..
he2
btw,s0e..bukn x nk agkt..
jdual full..
insyaallah..lau de lpg i kol u back..
t0 miena :
ni miena y mne ek..?
btw, ak kat u skrg..
k0 kat ne..?
s0e la x pat cm miena y mne...
insyaallah lau dh knl leh r id kat ym.. =)
Catat Ulasan