Isnin, 27 April 2009

alhamdulillah..masih diberi kesempatan..


.....ketika kelopak mataku diangkat untuk cuba melihat, serta merta lafaz kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi dek kesempatan yang masih diberikan untuk merasai nikmat kehidupan di alam yang sementara ini.

"...alhamdulillah, terima kasih ya Allah.."

Masuk hari ini, sudah 3 hari aku berehat di atas tilam memanjakan diri demi mengumpul semula tenaga untuk aku bangkit menjalani rutin harianku di rumah pada hari2 yang seterusnya. Alhamdulillah, petang tadi aku bisa bangkit menguruskan diri dengan lebih baik walaupun tidak sempurna. Kesakitan pada tubuhku kian menjadi2 tetapi masih bisa aku tangani dengan lebih biasa dan terbiasa. Luka2 pada tubuhku kian menjalani proses pemulihan dek pengeringan cuma lebam2 pada kaki kiri, bahagian kiri muka dan bibir masih terasa kesakitannya. Tambahan, waktu pagi tadi semasa aku bangun dari tidur aku merasai kesakitan dan sengal2 pada tengkuk, dada, dan kedua2 lengan tangan. Hal ini membuatkan tubuhku mengalami pergerakan yang terlalu terbatas. Boleh dikatakan setiap pergerakan yang aku lakukan menimbulkan kesakitan pada beberapa bahagian tubuh bergantung pada tahap pergerakan yang aku lakukan. Walaubagaimanapun, ku rasakan kurang selesa untuk terus2an berehat berbaring menonton televisyen.

Menghabiskan masa di kampungku di Kampung Pengkalan Pauh, Lubok China, Melaka amat seronok dan penuh dengan aktiviti2 yang luar biasa. Sebenarnya, niatku untuk tinggal di kampung bukanlah kehendak hati semata2. Tetapi pabila teringatkan kunjungan nenekku yang ku panggil 'wan' yang berkali2 ke kediaman abah dan mama, tersentuh juga hati pabila memikirkan janji yang aku lafazkan untuk tinggal di kampung semasa cuti selepas peperiksaan SPM selain melunaskan nazarku untuk ke kampung menaiki motosikal sekiranya aku lulus dalam Ujian JPJ untuk mendapatkan lesen P impian abah dan mama khasnya. Jadi, hendak tak hendak, aku beranikan diri menunggang motosikal milik abah ke kampung pada tanggal 20/4/09 - Isnin dengan restu abah dan mama. Aku meterai janjiku pada abah akan pulang semula ke kediaman kami pada 22/4/09 - Rabu dengan kehendak abah secara muktamad.

Nak dijadikan cerita, aku telah pun melanggar janjiku pada abah atas sebab2 yang aku sendiri sukar untuk jelaskan sehingga aku akhirnya terpaksa pulang agak lewat yakni pada 25/4/09 - Sabtu setelah menerima panggilan telefon daripada abah berselang-seli dengan mama yang boleh aku katakan hampir setiap hari. Terkenang kata2 abah yang sepertinya menagih janji yang kami meterai, aku dengan tergesa-gesa sedaya upaya mempersiapkan diri untuk pulang kepangkuan abah dan mama pada petang tersebut. Takut juga sekiranya aku tergolong antara mereka yang derhaka kepada kedua orang tua kerna jantungku hari itu sentiasa resah pabila terkenangkan abah dan mama.

"...kata nak balik hari Rabu, ni dah lepas Khamis..dah nak habis Jumaat pun.."

Bait2 butir bicara abah ini jujurnya menimbulkan getar di jantungku, menyesakkan nafasku dan kadang2 membuatkan aku termenung sendiri sehinggakan setelah usai aku membasuh motosikal dan kereta arwah datukku masih tidak mampu aku sangkal dari mana2 sudut ingatanku akan kata2 abah pada petang hari Jumaat itu yang tujuan aktiviti tersebut aku lakukan semata2 untuk melepaskan diri daripada belengu masalah rumit ini. Niat untuk pulang ke kediamanku petang Jumaat aku tangguhkan demi menjaga hati wan dan Mak Su sekeluarga selain hari yang telah hampir senja sekaligus kepenatan yang melampau.

Sesungguhnya, jujur aku berazam akan kembali ke rumah pada keesokan harinya yakni pada hari Sabtu walau apa pun yang terjadi dek terlintas di fikiran, hidayah (mungkin) mengelak dari terus2an menjadi anak derhaka kerna ku rasakan restu abah untuk diriku hanya sehingga hari Rabu sahaja. Astaghfirullahalazim...

Dengan izin Allah S.W.T. manusia yang bernama Nurasyikin Binti Idris ini akhirnya diberi amaran keras sehingga hampir meragut nyawanya kerna hampir menjadi anak derhaka kepada kedua orang tuanya. Perjalanan pulang melalui selekoh Kampung Ramuan China Kechil seharusnya membuat rohnya meninggalkan jasad. Walaubagaimanapun, Allah S.W.T. masih memberikan kesempatan pada hambanya yang hina dan dipenuhi noda ini untuk bertaubat dan memohon kemaafan kepada orang tuanya yang menantinya di rumah sejak pada hari Rabu yang lepas. Kemalangan yang tidak diduga itu menyebabkan manusia ini terbabas lalu melanggar dan merempuh papan tanda arah selekoh sekaligus menyebabkan tubuhnya terjunam, terseret dalam keadaan tertiarap di tepi jalan raya dan kemudiannya terpelanting kearah bertentangan dengan motosikal yang ditunggangnya tadi lalu menyebabkan tubuhnya tergolek2 hampir ke tengah jalan raya sebelum sempat diselamatkan oleh pemandu kereta proton saga yang prihatin yang melalui jalan tersebut. Sekelip mata sahaja, ramai pula manusia2 yang melihat dan mendengar bunyi hentaman yang kuat tadi menggerumuni jasad manusia yang masih bernyawa itu. Sebenarnya, aku tidak diberi pilihan yang boleh menyelamatkan diri melainkan dengan 2 cara yang nyata. Antara merempuh papan selekoh ataupun membabaskan diri ke dalam parit dalam berdekatan bagi mengelakkan diriku dilibas sekaligus digilis treler panjang yang tidak bertanggungjawab akan makhluk kecil yang menumpang di jalan raya berkenaan. Dan, apa yang terjadi ini kira apa yang aku rancanglah...

* dipendekkan cerita..*

Manusia yang malang dan bertuah itu dibawa ke Klinik Kesihatan Lubok China berdekatan untuk mendapatkan rawatan kecemasan di wad kecemasan oleh seorang doktor yang kononnya bertauliah dan bertugas serta lagi hensem yang berpura2 peduli tentang keadaan manusia itu. Tubuh manusia itu diperiksa untuk mengetahui kecederaan zahir dan batin. Dengan segak lagi bergaya, doktor yang tidak diketahui nama itu dengan slumbernya memberi suntikan pada bahu kanan manusia lemah itu. Kemudian, luka2 pada tubuh manusia itu dibersihkan dan disapu dengan ubat yang berwarna kuning. Lebam dan luka di kaki pula dibalut bagi memenuhi tuntutan. Lagak profesional doktor tersebut menyatakan jenis2 ubat yang akan dibekalkan dan cara2 pengambilannya serta memberikan nasihat yang manusia itu sendiri antara dengar atau tidak.

Kedengaran azan Maghrib sedia berkumandang di masjid berdekatan setelah manusia malang itu usai mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Alhamdulillah, kejadian tragis petang itu masih bisa memberikan manusia itu kehidupan lagi (mujurlah manusia itu merupakan penunggang yang berhemat dan mengikuti peraturan..!) walaupun dengan sedikit kecacatan yang sementara, mungkin.

Kak Zura merupakan insan yang beria2 mahu berbakti kepada manusia malang itu sedia menempatkannya sementara ke rumahnya yang sebetulnya berdekatan dengan kamalangan petang itu dalam pukul 6 lebih dek menunggu kehadiran keluarga si malang itu untuk mengambilnya pulang. Waktu yang lengang diceriakan dengan perbualan yang berkisar tentang kejadian petang itu. Menurut Kak Zura, banyak kemalangan yang sering berlaku di selekoh tersebut. Yang paling baru sebelum manusia malang itu ialah seorang penunggang motosikal yang mengalami kemalangan maut serta merta mati di tempat kejadian dek bercerai kepala dari jasadnya.

* dipendekkan cerita..*

Motosikal yang dinaiki oleh manusia kasihan itu mengalami kecederaan yang agak parah daripada penunggangnya menurut cerita dan ulasan daripada En. Idris Bin Harun, bapa kepada manusia malang dan kasihan yang terlibat dalam kemalangan terbabit. Kini, ia dirawat di bengkel yang tidak dapat dipastikan, hanya mereka yang tertentu yang mengetahuinya. Anggaran kos perubatan kira2 hampir mencecah RM 300 dan mungkin lebih. Amat merumitkan..

Untuk sekian kalinya, aku yakni turut kalian kenali sebagai manusia yang malang dan kasihan atau manusia malang dan bertuah memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Yang Maha Berkuasa kerna masih berpeluang menghirup udara yang agak kurang segar di kawasan Bandar Melaka ini walaupun terpaksa mengharungi kecacatan sementara pada tubuh badanku yang paling ketara adalah di bahagian muka. Kehidupan yang dilalui 3 hari ini abnormal dan janggal sekali. Antara kesusahan yang terpaksa aku lalui ialah berjalan secara terhincut2, muka yang bertompok luka, jemari kanan yang lebam yang menyebabkan aku terpaksa menaip dengan hanya menggunakan jemari kiri, kesukaran untuk membuka mulut untuk makan dan bercakap kerna lebam di bibir dan melecet di muka, dan beberapa keterbatasan yang lain terutama berkenaan membersihkan diri dan beribadah.

Tiba2 teringat pula bait2 lirik lagu marshanda..tajuknya, KETULUSAN HATI.....


sedihku sakitku ku terima
ku rela ku pasrah jalanku
ini suratan aku dicoba
demi rahmat-Mu ku memohon

yaa Allah ridhoi ketulusan hati
yaa Allah beri aku ketabahan
yaa Allah aku sanggup berkorban
demi rahmat-Mu yaa Allah

di dunia yang sarat ku taat
ku mohon dosaku ampunkan
ingin bahagia dunia akhirat
turunkan rahmat-Mu untukku


Sebagai manusia biasa, agak payah buat diriku mengharungi rintangan ini seorangan. Memang pedih dan sakit pabila terus2an diberi cobaan. Namun, selagi terdaya, tak kan ku mengeluh mengharunginya, tak kan ku berputus harap akan hikmah pada setiap yang terjadi kepada-Nya, tak kan ku lupa dan lalai meneruskan perintah-Nya dan ku harapkan segala kesenangan dan kedukaan diri ini bisa ku leraikan dengan mengadu dengan-Nya. Mudah2an..

Ambillah iktibar pada setiap yang berlaku dalam hidup dan persekitaran kita. Sentiasalah berusaha menghijrahkan diri ke arah yang lebih baik tanpa bertangguh kerna telah Allah S.W.T. janjikan kita semua akan hidup hanya sementara sebelum dihisab dikemudiannya.

INGATLAH...!!!
REDHA ALLAH S.W.T. BERGANTUNG PADA REDHA IBU BAPA..

Buktinya, walaupun aku menunggang motosikal sambil memuji2 akan Sang Pencipta, akhirnya, tanpa restu dan redha kedua ibu bapaku, aku akhirnya kandas di awal perjalanan.

ALHAMDULILLAH...moga diriku selalu diilhamkan hidayah sekiranya melakukan kekhilafan supaya aku bisa melakukan taubat....amiiiinn.

Akhir kalam, doakan kesembuhan secepat mungkin buat diriku ya supaya aku bisa melanjutkan pengajian dalam keadaan yang selesa.




Terima kasih..assalamualaikum.

Sabtu, 18 April 2009

harap maklum..

Assalamualaikum semua...
maafkan aku ya rakan2..bukan niatku membuat kalian tertunggu2 untuk menatap p0st terbaruku di sini..hakikatnya, kini aku diuji lagi dengan gangguan kesihatan secara terus2an..moga kalian mengerti dengan tahap kemampuanku untuk meneruskan perjuangan sebagai blogger..

terharu rasanya apabila membaca mesej2 yang ku terima baik di shoutbox mahup0n di inb0x handph0neku bertanyakan tentang perjuanganku sebagai blogger setelah hampir 3 minggu sepi tanpa berita..

oleh yang demikian, aku sedaya upaya bangkit dari pembaringan untuk menjelaskan tentang perkara duduk yang sebenar walaup0n kepalaku terasakan makin berat dan mataku agak berpinar2..
moga dengan makluman di sini mampu menjawab segala persoalan yang berselirat di pemikiran mereka yang sudi memikirkan diriku dan para pembaca yang aku sangat2 hargai..

sehubungan itu, nantikan p0st dan entry terbaruku tentang pengalaman outing terbaruku bersama2 FAUZIAH BT BASHIR dan HANIS HARLEEZA BT BAHARUDIN pada 17hb April 2009 yang lalu dan pengalaman suka dukaku sebagai penuntut di sebuah sekolah memandu di SEMANGAT INTRAJAYA SDN. BHD. pada episod yang akan datang..
[ itu p0n kalau aku berkesempatan dan rajin la..janganlah mengharap sangat..!! =p ]

doakan agar tahap kesihatanku beransur pulih ya...

wassalam..