Jumaat, 23 Januari 2009

mahu jadi DERMAWAN??

Nabi Muhammad SAW sangat terkenal dengan sifat baginda yang pemurah. Apakah yang dikatakan pemurah itu?
Iaitu membelanjakan harta benda atau wang ringgit untuk perkara yang bermanfaat serta mendatangkan kebaikan.

Dermawan atau pemurah yang diajarkan oleh Nabi SAW ialah yang dilakukan semata-mata kerana Allah SWT. Barulah beroleh pahala dan ganjaran yang sangat besar di sisi-Nya. Bukan kerana mahu mencari pujian atau menutup kelemahan diri. Bukan juga untuk berbangga-bangga atau mencari keuntungan.

Mari kita lihat beberapa nasihat Nabi SAW berkenaan dengan pemurah :

KATA NABI :

  1. " Orang yang pemurah dekat pada Allah, dekat pada manusia dan dekat pada syurga. Dan orang yang bakhil jauh dari Allah, jauh dari manusia dan jauh dari syurga, dekat dengan neraka."
  2. " Bersedekahlah kamu dan jangan mengira-ngira, nanti Allah akan mengira-ngira pula terhadapmu. Dan jangan kamu bakhil, sebab jika kamu bakhil nanti Allah akan bakhil juga kepadamu."
  3. " Sesungguhnya sedekah memadam kepanasan kubur daripada ahlinya, dan sesungguhnya orang mukmin mendapat naungan pada Hari Kiamat di bawah naungan sedekahnya."

Pemurah Nabi SAW sangat luar biasa. Baginda sanggup memberikan suatu barang sedangkan pada masa yang sama Nabi sangat memerlukan barang itu. Nabi bersedekah selagi mampu. Walaupun banyak bersedekah, baginda sentiasa merasakan sedekah baginda amat sedikit. Nabi memberi dan tidak pernah menolak permintaan orang.

[ Rujukan : ASUH;MEI '08 ]

artikel ni asy c0py paste jerk..asy hrp ' NSTP FUND FOR GAZA ' dpt kita meriahkn dgn niat yg benar2 ikhlas membantu s0dare Islam kite..mudah2n, penulisan ni mampu melahirkn dermawan yg berkualiti...insyaallah..

wallahhu 'alam...

0 ulasan: