rasa diri keseorangan
Seterusnya cubalah minta petunjuk atau panduan daripada orang lain untuk membantu kamu merubah dirimu. Kamu boleh dapatkan khidmat kaunselor ataupun khidmat nasihat daripada orang terdekat dengan kamu seperti ibu bapa, sahabat, mahupun senior2. Misalnya sekiranya selama ini kamu terasa seperti hidupmu sentiasa murung dan tidak pernah indah setelah kamu gagal mencapai apa yang diimpikan, minta pandangan orang2 yang dipercayai itu untuk bantu kamu bangkit dari kegagalan tersebut. Namun jangan mendengar nasihat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kuatkanlah semangat kamu untuk melakukan apa yang sepatutnya.
PERBAIKI DIRI
"..asy, semua yang berjaya...mereka mulanya gagal..hanya orang yang gagal je merasai kemanisan kejayaan.." - AH
Ini juga antara perkara yang paling penting iaitu perbaiki diri. Cuba renungkan sejenak tentang hubungan kita dengan sesama manusia mahupun Allah S.W.T. Adakah kita menjaga hubungan ini dengan baik..?
"..Ditimpa kehinaan mereka walau di mana mereka berada melainkan berjaya berpegang dengan agama Allah S.W.T dengan menghubungkan diri dengan Allah S.W.T dan juga berbuat baik sesama manusia..." - (surah Ali-Imran : 112)
"..Sesungguhnya orang yang mukmin itu bersaudara antara satu dengan yang lain.." - (surah al-Hujurat : 10)
Oleh itu, jangan takut atau malu untuk mengungkap kata maaf. Tidak kiralah pada orang lain ataupun pada diri sendiri. Berjanjilah pada diri, kamu benar2 menyesal dan tidak akan ulangi lagi kesilapan tersebut. Cara terbaik untuk kamu tebus kesilapan pada diri sendiri adalah berbuat baik dan lakukan sesuatu yang berfaedah. Mungkin dengan kegagalan tersebut membuatkan kamu insaf disamping menyedari kekurangan diri kita sebagai hamba kepada Allah S.W.T sekaligus berusaha menjalinkan hubungan yang lebih intim kepada-Nya. Tetapi sekiranya dahulu kamu taat beribadat kepada-Nya; melakukan solat2 fardhu disamping solat2 sunat seperti solat rawatib, solat hajat, solat tahajjud, solat tasbih, solat dhuha dan sebagainya, janganlah kamu menganggap bahawa Dia tidak prihatin pada usahamu. Jangan kamu pertikaikannya dek kerana kegagalan yang kamu hadapi kerna mungkin ada yang Dia sediakan di hari muka kelak lebih baik dan indah daripada yang kamu inginkan sekarang.
"...Usah memperdagangkan ayat-ayat Tuhan itu dengan begitu murah harganya..." - (surah al-Baqarah : 41)
oleh itu..
kerna...
hahaha...mungkin ramai akan tertanya2 kenapa blog "asyi dotdot" asyik cerita pasal kegagalan..sesungguhnya, aku merupakan salah seorang hamba yang sedang menerima dugaan daripada-Nya..dan sudah semestinya, entry terbaru ni khas kepada mereka yang senasib dan akan senasib denganku...
"..nape sume tak adil..?" - status ym ; Fri. 27/3
guess what..? semalam ramai yang 'buzz' aku tanya pasal status mesej aku yang agak tiba2 ni.. Sememangnya aku sengaja untuk mendapatkan perhatian..resam hidup, mereka yang berjaya akan mendapat penghargaan, diberi perhatian, diakui sebagai saudara bahkan mungkin tidak putus2 menerima ucapan tahniah daripada umum. Sedangkan mereka yang diuji dengan keperitan ketidakcemerlangan akan ditindas jauh daripada umum, dibiarkan mereka ini mengharungi keperitan seorang diri bahkan mungkin tidak lagi diingati mahupun diberikan ucapan tahniah atas keberanian mereka menempuhi cabaran hidup @ kegagalan lalu ditinggalkan oleh teman rapat yang paling diharapkan untuk bersandar. Oleh kerana aku pun merasa disisihkan, aku pun mendapat ilham untuk menyediakan entry sebegini. Hopefully memberi manfaat khususnya kepada mereka yang berada dalam situasi yang sama dengan perjalanan hidupku serta para pembaca yang aku kasihi.
Dapat aku simpulkan di sini bahawa tidak ramai yang sudi mengambil pusing kepada mereka yang berada di bawah bahkan berasa selesa untuk memandang mereka yang berada di puncak. Tidak mampu aku sangkal lumrah tersebut tetapi sebagai seorang manusia, kita dikurniakan akal fikiran hati dan perasaan untuk kita manfaatkan kepada diri dan insan2 yang berhak menerima ihsan. Apakah akan jatuh maruah kita sekiranya kita mendampingi mereka yang berada dalam kesusahan..? Sekiranya anda mengatakan TIDAK, maka berusahalah dari selesai kalian tamat membaca entry ini untuk bersama2 memberi semangat kepada mereka yang kurang bernasib baik. Bantulah mereka selagi terdaya kerna perkara yang baik akan mendapat ganjaran yang baik dan sebaliknya.
"..Wahai orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum itu mengeji atau memperolok-olokkan kaum yang lain kerana boleh jadi orang yang mereka perolok-olokkan itu lebih baik daripada mereka dan jangan pula wanita-wanita memperolok-olokkan wanita yang lain kerana boleh jadi mereka lebih baik daripada wanita-wanita itu..." - (surah al-Hujurat : 11)
Wallahu a'lam..
* sebarang ketidakpuasan hati @ komen amat dialu2kan..just klik pd 'ulasan' kat bwh ni..tq.